Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

KISAH2 TELADAN - NEVER GIVE UP!

JANGAN PUTUS ASA.. KEJAYAAN DI DEPAN..

Assalamualaikum.. Kali ni I nak show up kisah2 yang memberi inspirasi untuk kita supaya tidak cepat berputus asa.. This is based on cerita2 dari mereka yang da berjaya and apa yang jadikan inspirasi untuk mereka terus ke depan...Sampai berjaya...



1. KISAH ALI BRA BRA 



Tersebutlah kisah di sebuah syarikat bra ada dua orang pekerja bahagian marketing, ABU dan ALI. Suatu hari, si bos panggillah si ABU nak bagi tugasan khas. Tugasannya dapat ganjaran sejuta if berjaya. Tugasannya, dia kena pergi di sebuah negara AFRIKA untuk membuat promosi bra terbaru syarikat tu.. So, ABU pon bersetujulah memandangkan dia da biasa mempromote bra and ganjarannya besar. Dia pon sanggup pergi. So esoknya bos anta la ABU ke negara AFRIKA nie. Sampainya kat sana, ABU sangat2 lah terkejut. Sebuah negara yang takde bangunan. Lagi ABU terkejut, kaum2 wanita kat sana memang langsung tak pakai bra. Mulalah ABU rasa kecewa and terus balek. Memandangkan takde orang yang pakai bra, so fikiran ABU, dia tak dapat nak promote. Baliklah dia. Jumpa je bos terus dia kata..

ABU : "Bos, saya tak dapatlah nak buat sebab semua orang kat sana tak pakai bra langsung. Buat apa saya nak promote bra."

BOS : "Oklah if awak da kata camtu. Saya anta ALI ke sana pula".



Esoknya ALI yang ke AFRIKA tu. Sampai je, ALI tak terkejut malah terus happy.. Dia nampak takde orang pon pakai bra..Dia terus mempromote bra. Hari demi hari..wanita2 kat AFRIKA tu mula kenal bra and makin lama makin ramai yang pakai bra. Sampaikan bos kol dia suruh balik. ALI kata misi dia hampir selesai, da selesai dia balik. Dalam masa 2 minggu. ALI berjaya kenalkan bra pada semua kaum wanita di AFRIKA tu. ALI balik dengan happy and dapatlah ganjaran sejuta sebab selesaikan keje dia..

KENAPA ABU TAK DAPAT BUAT TAPI ALI DAPAT PADAHAL PERGI TEMPAT YANG SAMA..???

ALI melihat permasalahan or kegawatan tu satu PELUANG untuk dia. Masalah yang ada, kaum wanita kat sana langsung tak pakai bra, So ALI nampak peluang tu untuk dia memperkenalkan bra pada mereka. Berbanding dengan ABU yang melihat masalah itu satu penghalang baginya..

MORAL:
Melihat peluang dalam kegawatan.. Jadikan satu masalah tu..Kita ni sebagai penyelesaiannya.. Jangan mengalah sebelum berjuang..!



2. KISAH DR MAHATHIR DAN KLCC



Pada 1995, Dr Mahathir mengeluarkan usul cadangan untuk membina bangunan paling tinggi di Malaysia yang dinamakan TWIN TOWERS (KLCC) sempena Malaysia menjadi tuan rumah kali pertama untuk sukan KOMANWEL 1998.. Dr Mahathir buat plan naikkan KLCC dan pastikan KLCC dijangka semua siap pada sukan KOMANWEL nanti (1998). So, time tu Dr Mahathir nak naikkan industri pelancongan. Semua cadangan, plan, kontraktor, arkitek, engineer dan tenaga kerja semua dikumpulkan. So start 1996, mulalah besi penghadang dibuat dan kerja2 piling dijalankan. Orang2 semua bangga bila twin towers bakal dibina. Tak sabar nak tengok camne bangunan tertinggi tu megah berdiri nanti..

Hari demi hari minggu demi minggu bulan demi bulan.. Kerja piling still dijalankan.. Orang yang lalu lalang kat tepi penghadang biru tu dok dengar TUNG TANG TUNG TANG hari2 tetapi bangunannya still tak nampak... Masuk tahun 1997, TUNG TANG TUNG TANG.. Piling still dijalankan. Orang2 mula bising dan mula bercakap.. Da setahun lebih tapi bangunan ceracak apa semua tak kelihatan. Yang dengar hanyalah bunyi bising. Sampaikan ada yang kata KLCC ni takkan siap pada 1998. Ada yang cakap.. hari2 buat bising tapi bangunan tak naik2. Ada yang maki hamun Dr Mahathir n lemparkan kata2 negatif mengenai plan tersebut.

Nak tahu Dr Mahathir buat apa???

Dr Mahathir tak pedulikan pon diorang nak cakap apa.. Yang pasti apa yang diplankan berjalan. Beliau je tahu plan beliau. Masuk tahun 1998, barulah nampak bangunan tersergam indah sedang membangun. Seminggu before sukan KOMANWEL 1998, taman2 tasik kolam air pancut semua di hias indah mengelilingi KLCC. Pada sukan KOMANWEL, KLCC di buka untuk kunjungan orang ramai.. Time tu, atlet2 dari seluruh negara luar semua singgah di KLCC yang menjadi kebanggaan Malaysia pada tahun tersebut. So, Dr. Mahathir berjaya membina KLCC on time apa yang diplankan.. Tahun 1998, Malaysia menjadi sebuah negara pelancongan disemata2 kerana MEGAH BERDIRINYA KLCC.



APA AKAN TERJADI IF DR MAHATHIR TERKESAN DENGAN KATA2 NEGATIF ORANG SEKELILING???

Bayangkan, kalau Dr Mahathir ikut and beremosi dengan orang sekeliling. KLCC takkan wujud la sampai sekarang and tahun 1998 sukan KOMANWEL takdelah semeriah camtu.. Takdelah Malaysia diiktiraf sebagai negara pelancongan pada tahun tersebut. Semua plan Dr Mahathir musnah lah. Beliau akan gagal lah kan. So, walaupun orang cakap macam2 pasal plan dia, walaupun proses piling makan 2 tahun..Beliau still nak naikkan KLCC nih.. Bayangkan pula if piling tu tak lakukan betul2 or just dinaikkan dalam masa yang singkat, pasti TWIN TOWERS KLCC ni da roboh sebab base tak begitu strong. Sebab tu untuk KLCC piling perlu betul2 dilakukan dengan teliti, utuh walaupun makan masa yang lama kerana ingin membina bangunan yang betul2 kukuh berdiri megah sampai sekarang... Uolls sendiri tengok hasilnya bukan...

MORAL:
Never give up dan janganlah ikut mereka yang negatif and yang boleh menjadi penghalang untuk merealisasikan impian anda.. Be strong and move on!!!



3. KISAH DOLLAH AND FAMILY

Dollah seorang yang rajin. Hidupnya susah tapi dia rajin tolong orang especially jiran dia seorang bomoh kaya raya yang uzur. Suatu hari, jirannya nazak, sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia ada berbisik something dekat Dollah. 

Bomoh tu cakap, aku serahkan semua harta aku untuk kau dan family ko. Tapi harta tu tersorok di dalam tanah di bawah sebatang pokok mangga belakang rumah dia. Dia minta Dollah gali carilah harta yang bertimbun2 tu.

Keesokan harinya, Dollah ajaklah bini dan anak2 dia tolong gali tanah dekat pokok mangga tu. Gali gali gali gali. Hari demi hari, Minggu demi minggu, bulan demi bulan, dia menggali tanah tu..sampaikan famili dia da give up. Tapi Dollah ni still nak gak menggali. Sampai sanggup gadai emas bini dia nak beli bajak pengorek tanah. Punyalah Dollah korek, korek sampai dalam da, da lebih 10 kaki dalamnya tapi tak jumpa2 gak harta tu. Tapi dia tetap gali siang petang malam. Hari2 dok menggali je. Hampir setahun dia dok menggali, tapi tak jumpa2 gak harta tu, Dollah mula rasa penat dan tertipu dengan bomoh tu. Dia da tak yakin harta tu ada tertanam. Last sekali, dia buat keputusan untuk stop menggali sejak haritu..

Keesokannya, si APEK kawan Dollah dapat tahu dia da stop menggali, dia try la menggali haritu. Baru sekali je dia gali pakai cangkul...tiba2 TUKKK.. Bunyi satu benda keras. Rupa2nya peti yang sangat besar dalamnya dipenuhi jongkong emas dan barang kemas.. si APEK rasa happy sangat.. Dollah and familynya dapat tahu pasal tu terus rasa menyesal.. Diorang still hidup susah..


Bayangkan.... If Dollah tak give up???
If Dollah tak give up, esoknya dia pasti da dapat hartanya.. Yela, alang2 dia da usahakan selama ni tapi disebabkan putus asa, dia tak dapat apa2. Hanya penyesalan je.. 

MORAL:
Jangan mudah putus asa.. Habiskan apa yang anda da start sampai berjaya. Walaupun ianya mengambil masa yang agak lama.. Manalah kita tahu kan kejayaan sikit lagi hampir kat depan. So janganlah give up ok..


4. KISAH ATAN DAN PELUANG


Atan seorang yang alim dan sangat percayakan pada agama. Pada suatu hari, di kampungnya dilanda banjir kilat. Hujan lebat nonstop. Air mula naikdalam rumah dia. Atan pon panjatlah atas meja. Atan mulalah berdoa, Ya Tuhan, Kau berilah pertolongan kepadaku. Sesungguhnya aku dalam kesusahan. Aku percaya denganMu..

Tiba2, datang sebuah rakit. "Woii Atan jomlah naik, air makin naik nihh.. cepat2!!"
Atan pon jawab, "Takpelah..tuhan nak bantu aku. Aku yakin tuhan akan datang turun tolong aku"
So berlalulah rakit tu..Hujan semakin lebat tanpa henti. Air mula naik. Atan pon panjatlah almari tinggi dia. Dia pon berdoa "Tuhan aku yakin ko akan datang tolong aku. Selamatkanlah aku."
Tiba2, ada datang sebuah bot penyelamat, "Dik, cepat naik bot dik. Air makin naik ni".
Atan tetap menolak, "Takpelah bang. Tuhan nak selamatkan saya nanti. Abang pergilah selamatkan orang lain dulu". Berlalulah bot tu pergi. Air makin naik sampailah lebih ketinggian Atan, Atan pon panjatlah bumbung rumah.

Atan berdoa, " Aku yakin Tuhan pasti datang tolong aku. Aku tetap tak peduli. Tuhan pasti turun datang tolong selamatkan aku kali nihh". Tiba2 sdatanglah helikopter penyelamat siap turunkan tangga suruh Atan naik. Atan pon jerit "Pergilah tuhan selamatkan aku kejap lagilah. Aku yakin tuhan datang tolong aku". So helikopter tak dapat tunggu lama dan berlalu pergi. Tinggallah Atan keseorangan di kampung tu atas bumbung rumah dia mengharapkan tuhan turun bantu dia. Banjir semakin naik. Lama2 Atan pon lemas dan mati.

Time dibangunkan, Atan marah, "Ya Tuhan, kenapa kau tak datang tolong selamatkan aku. Sedangkan aku patuh perintahMu, alim kepadaMu."
Dengar satu suara berkata " Aku telah menurunkan bantuan sebanyak 3 kali. Tapi kau yang telah melepaskan peluang tanpa kau sedari. first, rakit, pastu sebuah bot datang dan last sekali helikopter. Tetapi kau sia2 kan dengan peluang yang ada."
Atan pon menyesal.



MORAL:
Jangan lepaskan peluang yang ada sebab belum tentu peluang yang sama akan datang lagi. Anggaplah apa yang datang itu satu peluang. Grab lah..!!! Jangan tunggu, terus bertindak..!

5. KISAH A dan B


Alkisahnya sepasang kawan yang sangat rapat dan selalu bersain n buat sama2 dalam semua benda. Masing2 ada impian yang sama iaitu nak berjaya and nak hidup senang dengan berbisnes. Cuma yang membezakan si A ni suka buat benda yang dia biasa buat tapi si B suka try something new.

si A and B ni diajarlah buat bisnes sama2. Memang diorang di ajar benda sama. Cara semua sampai just follow je.
Tapi hasil mereka berbeza. Bisnes si B lagi berkembang berbanding bisnes si A. So si A ni ngadu lah kat si B..

A: Camne ko bole naik padahal kita buat bisnes yang sama. 
B: Ohhh.. aku kalau buat silap, aku takkan buat benda yang sama. Aku akan cari plan lain untuk improvekan diri aku.
A: Contoh camne tu erk..
B : Kita kan di ajar Plan A. gi buat survey. Tp kita sama2 tak jadi. Tak dapat sambutan pon. Tapi aku buka Plan B mana aku buat survey lak. Bagi flyers pastu kita terangkan sikit benefit dengan mesranya. Mula lah dapat sambutan dari situ. 
A : Patotlah.. Aku tak berjaya. Aku still bagi flyers kat mana2. Walaupun aku tahu susah dapat hasil, aku still letak flyers je kat mana2 tanpa terangkan benefit or buat something else..

MORAL:
Learn from mistakes. Tapi jangan ulangi kesilapan yang sama. Setiap yang kita belajar dari kesilapan, kena tunjukkan improvement. Walaupun sedikit.


Begitulah alkisahnya. Ada banyak lagi. Nanti I share lagi ok.
I ada appointment bisnes ni. Malam2 pon ada orang nak tahu pasal bisnes. Ok.

Maaflah terpoyo sikit. Btw, if uolls ada kisah2 yang menarik or pengalaman sendiri, bolelah SHARE KOMEN BAWAH yea.. Untuk dorongan hidup je.. The reality of life. Yela sometimes kita kena tahu gak citer2 camni supaya sedar,,, Sometimes kita tak sedarkan..

Ok.. Let me know.

TOPLEADERSCIRCLE
NUR SYAMSINA
CALL 01110639385
WHATSAPP 0139909385

OK. LOVE U ALL READERS SEKALIAN.. MMUAHXXXX... <3

Comments