Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

Bercuti di Bagan Datuk, Perak dengan My Family

 

Assalamualaikum.

Sina nak share short escape bercuti di Bagan Datuk, Perak. Actually tak plan pon. Selasa aritu sebelum nak Merdeka ke 66 hubby ajak jalan so terus la cari last minit tempat nak bercuti. Kitorang pilih area Bagan Datuk sebab nak sangat pergi Taman Bunga Matahari tu.



Dapatlah checkin satu bilik besar dekat DESA MUARA HOMESTAY Bagan Datuk. Homestay ni dekat sangat dengan pekan Bagan Datuk area masjid terapung baru tu and dekat juga dengan ladang bunga matahari ni. RM170 je semalam public holiday sekali ada small pool. Double Queen bed, TV, water heater and ruang pamtry semua disediakan. Tapi kena share dengan yang lain..



Kitorang tolak dari Melaka lepas subuh terus ke Bagan Datuk. Sampai dalam jam 9am camtu kitorang terus la jalan pergi Teluk Intan nak ambil gambar dekat menara condong. Time ni ada event sempena nak sambut merdeka. So amek gambar jadi la. Sambil cuci mata kedai2 area situ and lunch dekat kedai situ. Lagipon panas terik so kejap jela singgah sini.




Lepas tu trus gerak ke Bagan Datuk dalam 30-40 minit je dar Teluk Intan. Lalu jambatan baru. Jalan pon clear tak jem mana pon. Syokla.


Sampai Bagan Datuk terus gi Aquarium Sungai Burung. Bersebelahan je dekat Ladang Bunga Matahari tu. Bayaran masuk sini dewasa RM15 and budak2 5-12 tahun RM10 kot tak silap. Hubby tak ingat dia yg bayar aritu hehehe 

Lawa masuk sini. Redup dalam bangunan. Ikan pon besar2 walaupon tak sebanyak macam Auaria KLCC tapi ok la janji bebudak happy. Bagi makan rabbit burung semua.Macam2 ada, ada komodo, rabbit, helang, burung2, merak, kura2, sesumpah, and macam2 jenis ikan ada..









Pintu gerbang masuk Aquarium Sungai Burung


Paling syok anak2 suka bagi makan rabbit. Memang kebulur semua situ. Kena beli makanan dia RM2 ye sebekas kecik tu. Rabbit bersepah lari so tengok2 step takut terpijak kesian rabbit nanti hehee..





Lepas da duduk dalam sejam dalam ni.. Panas sikit dalam tu sebab tak ada aircond so kitorang takdela duduk lelama sangat. Terus gi amek kereta gi parking belakang sikit untuk ke Taman Bunga Matahari tu. Sini bayaran masuk Dewasa RM13. Kanak2 7-12 RM10 and 3-6 RM5 je. Siap sekali 4packs makanan ikan. Nanti bole bagi sekitar area dalam tu. Buka 8am sampai 7 malam. OOTD sampai puas duduk dalam tu sampai kamera penuh. Dalam ni syok habis la. Almost every tempat nak bergambo. Excited giler. Mak2 lagi excited. hahahaa

Nah lanjer beberapa tempat ootd dalam Ladang Bunga Matahari ni.


































Tudia banyak gambau hahahaa ada banyak lagi. Nah lanjer view lak..


Sebab kan panas terik so kitorang banyak berteduh dekat pondok2 disediakan. Bila mendung sikit terus sambung ambil gambar kejap. Dalam tu ada cafe so bole bli air makanan ikan, makanan itik angsa and kopok2 jajan aiskrim semua. Korang bagi la ikan2 kat sekitar dalam tu. Ikan tu pandai nganga je tau.

Lepas da suda tu kitorang jalan kejap area pekan Bagan Datuk tu. Alaa dekat2 je semuanya. Jalan kejap before checkin kol 3. Small town tapi tak jem mana pon. Bandar da kalerful so lawa la. Dekat lak tepi pesisir air angin kuat plus Masjid Terapung Bagan Datuk baru siap gah berdiri memang lawa.



Time ni panas terik betul. Ambil gambar kejap lepas tu checkin. Ada pool tapi kitorang rehat tido je dalam bilik. Petang dalam kol 6 kitorang kluar balik lepak dekat Dataran Bagan Datuk. Ambil angin sambil tengok sunset, cari makan. Masa ni ramai orang sebab ada event untuk sambut merdeka malam.







Lepak makan kat situ sampai malam. Nak solat masjid pon dekat. Happening and best la. Ada charkueyteow bakar viral situ dekat area nak ke masjid. Situ sedap. Malam tu kitorang tak tunggu bunga api merdeka pon. Lepak balik bilik tidur. Bebudak kepenatan..

Esoknya siap2 kol 10am checkout sebab nak bejalan ke Sungkai lak. Kitorang breakfast area Bagan Datuk dulu. Nak ke Sungkai dalam 40 minit je. Sampai sana terus ke Felda Residence Hotspring. Anak2 nak mandi manda kat sana. Dewasa RM25 kanak2 RM15 tak termasuk tempat animal village. Kalau tak lagi mahal sikit la tu dalam 30 lebih utk dewasa and bebudak 20 lebih. Makanan luar tak boleh bawa masuk ye pastikan anak2 kekenyangan masuk untuk mandi. Nanti dia check and kena tinggalkan dekat kereta or rak dia. Lepas tu masuk kena menapak jauh weh nak ke tempat hotspring tu. Kitorang start dekat kolam yang paling hujung. Bebudak seronok mandi sini. Sini air sejuk and ada gelongsor and taman mainan. Kena buka kasut dekat tempat disediakan and korang bawa la tikar. Duduk la bersepah mana2 yang kosong. Nasib kitorang kemana2 sentiasa ada tikar dalam kereta.






Sampai2 cari tempat lepas tu tukar baju mandi dekat bilik persalinan.

Tadaa da bertukar jom mandi berendam. Ada kawasan cetek and ada kawasan dalam. Ada lifeguard jaga. Bebudak di larang masuk ke kawasan dalam. Nanti kena wisel gitu. Ni kolam pertama ye. So lepak puas2 kat sini dulu. Sebab nak ke kolam hotspring lain jauh2 da.. Beli jiwa anak2 dulu.


Sebelah kolam tu ada taman mainan kecik boleh la bawa si kecik ni main sambil mandi.. Haa memang seharian main air jela dia ni. Suka la..




Lepas tu angkut barang tikar semua pergi ke next2 kolam. Papa gi kolam air panas. Fuh memang panas ku tak boleh masuk kaki langsung. and ada kolam yang panas tapi masih boleh berendam. Tapi ku masih tak boleh juga yang suhu tu hahaha ku layan bebudak dekat kolam mainan ni jela. Crowded ramai orang cuti merdeka kan. Lagiipon kitorang unplanned holiday nak ke sini. Layan jela.



Kolam akhir kolam ni suam2 gitu. So ok la sikit nak berendam. Lepas tu siap2 nak balik lak.

Ontheway nak balik amek gambar dulu.. Jalan kaki jauh weh nak ke gate and parking. Korang mai sini bawa la troli ke stroller ke. Jenuh angkut baju basah nak heret dalam 500m camtu jalan dari kolam ke parking. Dalam kol 3 lebih kitorang keluar ngam2 masuk kereta hujan lebat alhamdulillah Allah mudahkan urusan semua.

Lepas tu kitorang nak cari makan. Ingat nak try Nasi Bamboo Sungkai viral tu ramai weh beratur and sentiasa penuh. Maka kitorang singgah je mana2 kedai berdekatan yanga ada. Jumpala kedai Maju Klah. Kedai ikan, kambing bakar power sedap huiiii. Hubby suka betul. Ikan pari bakar set dalam RM20 je. 


Balik kekenyangan hujan berhenti da terus balik ke Melaka. Banyak stop dekat RNR sebab lakiku biasala dia ngantuk. Risau2. Kalau dak kecik tak menyusu ku da drive direct da. Sampai rumah melaka jam 8 malam ngam. 

Alhamdulillah. Ok walaupon short tapi puas hati la. Cuti sekolah anak berbaloi. Tak ada la berjalan Melaka je. Ok next September kitorang nak gi Penang. Sape nak ikut. Jom






Comments