Assalamualaikum
Bulan Ogos ni Sina short escape dekat2 area Bandar Melaka. Plan nak gi utara tapi malas nak jalan jauh. Lagi2 dak kecik si Arash Aryan tu da tak reti dok diam dalam kereta. Kita checkin Melaka jela. Janji bilik, poool best and bebudak happy.
This time checkin dekat IMPERIOR RESIDENCE with PRIVATE JACUZZI. Bole book dekat Agoda under Micasa Management. Ni management terpaling murah. Sina dapat bilik ni satu malam hanya 250 je checkin ahad sampai isnin.
Memang berbaloi. Tak payah gi jauh2. Weolls lepak dalam hotel je.. Berbaloi sangat sebab ada banyak katil. Muat seisi keluarga. Sina dapat bilik 2 quen bed, 1 double decker and 1 double sofa bed. Muat nak tidur dalam 8-10 orang la.
Bilik da wangi yakmat. Selesa. Private jacuzzi dekat luar lak best dengan view Melaka City. Yang best jacuzzi ni siap ada personal music, bole control suhu and macam2 lampu ada. Syok betul.
Arghhh suka betul view dari bilik ni and private jacuzzi. Bole relax santai2. Masa ni panas lagi.. Tapi sejuk berangin so memang nice sangat. Jacuzzi and tempat bbq ada atap sikit. So ok la kalau hujan masih bole la nak berendam berbbq bagai. Nasib masa kitorang checkin ni hujan tengah malam so sedap tidur jela.
Haaa nah.. Tengok sendiri bertapa bestnyer bilik ni. Barang dapur pon semua lengkap. I like la..
Peti ais, pinggan mangkuk sudu sudip tempat masak letrik, kettle, microwave, tong sampah semua ada. Sabun mandi, sabun buih jacuzzi, sabun cuci pinggan semua ada. Cuma tak ada mesin basuh and penyapu penyodok je. So kena jaga kebersihan sikitla atau bole bawa dari rumah yang kecikk punya hahaha
Enjoy la bilik hadap view lawa. Siap ada tempat nak enjoy the view dari bilik tau.
Ku gayat sikit la tapi ok je. Bebudak terpaling suka main dekat sini.
Bestkan view Melaka City dari atas
Terpaling best, swimming pool Imperior Residence ni besar sangat tau.. Swimming pool sejuk sikit la angin sebab dekat Level 13 tau uolls. View swimming pool pon best. Siap ada taman besar untuk bebudak main2 kot bosan swimming je. Ada toilet di setiap hujung level. So senang la sejuk2 nak membuang ke. Siap ada sauna lepas mandi bole masuk sauna tapi kecik jela. Ada untuk perempuan and ada untuk lelaki.
Haa nah lanjer sikit view di pool Imperior Residence.
Bole tengok sunset view laut
View belakang ada taman mainan besar
ni hadap laut lak best sejuk berangin je
Ada tempat cetek panjang luas camni so bole la nak duduk, rendam kaki ke, bawa baby mandi sini ke. Tengok bebudak siap baring haa
Ni view Double Tree Hotel and Bandar Hilir Melaka
Ada part pool yang transparent camni so best laa.
Kolam pon besar. Kolam budak di tiap penjuru ada. So mmang luas. Kolam dewasa tengah2 memanjang. Bole la praktis swimming sini tanpa gangguan. Memang besar. Kerusi rehat pon banyak.
Sini pool buka dari 8am-10malam. Tapi tak ada yang nak mandi malam la sebab sejuk giler kot. Level 13 katakan hahaha. Tapi air malam tak ada la sejuk mana cuma berangin je memalam.
Swimming attire tau tapi tengok la kalau guard sporting dia ok je. ada yang jenis check dia bagi la warning dua kali. Guard tak jalan check tu swimming la kejap hahaha Air sejuk giler menggigil.
So, lepas da swimming tu sambung la berendam dekat jacuzzi kat bilik. Pastikan nak naik bilik lap takmau bagi wet sangat tau. Nanti guard suruh lap2 dulu hehe..
Sambung kat bilik la lepak jacuzzi sambil hidupkan bara apa dekat tempat bbq. Bilik kami ni tempat bbq disediakan tak tahula bilik lain. Tapi arang and starter semua bawa la sendiri ok.
Malam sesi ber bbq lak. Simple2 je. Lepas tu orderla MCD Delivery cepat giler sampai sebab dekat je hehe Kitorang taknak keluar malam nak enjoy dalam bilik puas2. So korang nak keluar malam bole la pergi makan dekat Selat Avenue dekat je. Takpon dekat foodcourt Dataran Pahlawan. Kalau jauh sikit tapi tempat best terpencil tapi makanan sedap boleh la order NASI LEMAK HIJAU UJONG PASIR
Fevret tempat makan ni Nasi Lemak Hijau UP. Sebelum nak datang order dulu awal. So senang book makanan buka 5petang-11malam. Biasa cepat abes sebab tu better petang tu da submit order and bagitau nak mai kol berapa.
Katil banyak so ku ajak anak2 buah sekali tidur. Bergelimpangan la memasing. Anak buah ramai. Selimut and tuala pon banyak siap bantal extra pon ada.
Malam bole la lepak2 tengok movie ada Netflix. Tak ada lepak la dalam jacuzzi. Sambil buka lagu dari jacuzzi tu. Healing la kalau bebudak da tidur sambil enjoy the view Melaka City waktu malam. Nice sangat.
Pagi2 pon da bole healing tengok view walaupon cuaca mendung tiap pagi je kat Melaka ni sekarang..
Siap makan2 tapau roti2 and air dari Mart dekat sebelah lobby bawah. Kol 9am da bole turun swimming pool kejap. Masa ni tak ramai orang. Ramai orang lepas 9.30am. Kuat angin tau so memang cepat je menggigil.
Lepas tu sejam jela sebab memasing kesejukan da. Sambung rendam dalam jacuzzi sambil main buih sabun. hahahah Layankan jela Dekat rumah tak ada jacuzzi kan.. Enjoy sangat bebudak..
Lepas tu siap2 kemas semua barang. Rehat jap sambil ambil gambar last. Kol 12 tepat kitorang checkout. Kunci kena hantar dekat lobby semula. Da turun tu, korang parking tepi tau lepas tu jalan kaki hantar ke lobby kalau tak kena uturn jauh. Paling senang lepas anta barang dekat kete pergila kejap anta kunci kat lobby. Lif dia tak payah touch2 kad so senang sikit. Oh ye parking dekat tingkat 6-10 tau. Banyak je parking. Parking ada kad RM10 bole keluar masuk banyak kali. Kalau per entry RM6.
Nextime nak book lagi sini. Hubby kata bole bawa Shower Bomb tu sesuai untuk jacuzzi or bathtub. Bole main buih banyak2 and wangi. Imperior Residence ni ada juga bilik with Bathtub and harga lagi murah la. Seratus lebih da dapat da siap ada dua queen bed. So sesuai nak bawa anak2 tidur tanpa bawa toto bantal semua.
Ok next lak kita kemana ye. Sina update nanti.
Comments
Post a Comment
Sila share pendapat anda..thanks!