Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

Bercuti di Durian EcoLodge Tampin

 

Assalamualaikum.

Hai korang. Ku nak share tempat bercuti best, tempat healing with mountain view yang berbaloi untuk anyone yang nak short escape, memang recommended sangat.


DURIAN ECO LODGE TAMPIN 



Selalu healing dekat pantai, this time kita healing mountain view dengan di kelilingi pokok2 durian. Uishh duduk sini gram tengok besar2 buah durian tergantung di setiap pokok. Memang bilik semua di kelilingi pokok durian yang subur ye. Bercuti di dalam dusun durian. 

Kitorang pilih bilik with Mountain View. Korang bole book di agoda or booking.com memang satu ni je Chalet with Mountain View. Ada area berdekatan kami Chalet with Loteng. Yang tu besar sikit la. Korang bole godek2 di google k.


Amek gambar sikit depan bilik kitorang..

So, bilik kitorang ni ada 1 je king bed dengan TV and 2 kerusi and with private bathroom. Tapi paling best, ada tempat BBQQ khas di laluan bawah bilik kitorang tu. 


Korang tengok la sampai2 je terus amek gambar view. Ni view dari bilik kami. Memang verandah and tangga tu khas ke bilik kami. Ada juga banyak laluan so ok laa. Privacy sikit nak ber healing.

                                  View dari bilik kitorang. Ni kalau sunset and sunrise lawa giler.
                                                            Gunung Datuk punya view ni.


Si adik pon seronok dapat menapak dekat verandah depan bilik kitorang.

Parking kete nearby je dengan chalet, so bole bawa naik kereta tau. Jangan risau tak mendaki pon nak heret barang. Hanya bawa dari parking sebelah tu je ke bilik. Kena lalu di depan chalet loteng tu.

Lepas da checkin tengok bilik semua, ktorang di invite untuk menikmati makan minum petang. Semuanya included dalam package tau. Seisi keluarga bole join.

Dapat makan buahan ikut musim la. Kalau musim nangka, dapat la makan nangka and some fruits lain. So kitorang jalan la turun ke dewan dia. Macam2 buahan ada and minum. Kena amek sendiri and buat air sendiri. Ada buah doyang Musang King dijual so bole la kot teringin nak beli. Besar2 weh di jual ada yang 50 sekilo. Sebiji tu mau 2 kilo sebab memang besar buah doyan situ.


Sambil makan2 anak2 main dengan kura2.


Excited la diorang sebab firstime nampak kura2 besar in real macam tu. Dapat tengok dekat2 lak tu.

Lepas tu kitorang gi la jalan2 menapak mendaki sekitar dalam DURIAN ECO LODGE ni. Memang besar dan luas.


Banyak tempat untuk #OOTD ye sekitar dalam sini. Haishh full memory laa hahahaa..

Jenuh cik abam nak amek kan gambar.




Laluan dia kalerful tu. Alahai lawa buat shoot ni.

Tengok ni pokok durian merata.

Privacy sikit sini tak ramai orang dekat area chalet kitorang. Yang ramai hanya area camping je sebelah sana ada disediakan tapak untuk camping. Rasa lagi murah la cuma kena bawa semua tools sendiri. Dia hanya sediakan tapak khemah, bathroom and pool khas untuk camping je.



Ada menara bole la panjat. Kalau ku yang gayat ni pon sibuk panjat juga haa tak nak lepaskan peluang alang2 da sampai sini kan..



ootd sikit dekat atas sini. Gayat wehh.. Tapi view lawa. Kitorang terbangkan dron, terhuyung hayang lakiku control. Angin kuat atas ni.


Anak2 pon enjoy the view. Mak dia je seram tengok anak2 atas ni hahahaha mak2 sangat..


Lawakan view atas menara tinggi ni..


Ni tempat BBQ memang betul2 dekat bawah depan bilik kitorang..Kitorang baru tahu, kalau tau bawa la ayam perap semua. Besar tempat BBQ dia.


Ni laluan dari tempat BB terus ke bilik kitorang. Kena mendaki tangga sikit.

Lepas tu kitorang bersiap la nak swimming..


View dekat kolam sini pon lawa wehh.. And privacy la so tak berebut dengan org ramai sangat since kolam dia pon tak besar mana pon.


Bebudak la paling sonok swimming..


Lepas tu kitorang siap2 makan malam kat D'MULUT CAFE TAMPIN dalam 10 minit dari 

DURIAN ECO LODGE ni. Suka makan dekat sini semua makanan dia and dessert sedap2 giler laa. Dari nasi lemak, makanan bergoreng, burger, mac n Cheese and western and air pon sedap.


Sambil makan sambil bole enjoy busking.

Anak2 paling suka dessert la kat sini.


Balik dari makan je masa tu senja. Kitorang nak berjalan dari parking ke bilik kitorang dapat enjoy view paling cantik. Mashaallah subhanallah.



Tengok dalam gambar cantik apatah lagi depan mata. Syukur. 

Lepas tu malam, kitorang enjoy dengan game yang disediakan dekat dewan and nearby dewan.

Bebudak bole main karom, dam, memanah, badminton, gelung, menembak, dart and boleh juga karoke tapi open laa macam buat persembahan ekekeke..

The kiddos paling seronok beronok laa. 



Karoke la sampai pengsan selagi takde orang lain nak berkaroke.


Mainla semua game and permainan yang disediakan semuanya included.

Lepas tu kitorang jalan2 explore tempat, ambil gambar and ada tempat untuk tengok movie juga di pasang. So, memang enjyo and takde rasa bosan. Lampu neon terang pon ada keliling so banyak tempat lawa gitu.







Kitorang hanya tak dibenarkan untuk pergi area camping sebelah sana je. 

Korang yang nak bercamping and nak book bilik caravan pon ada juga tau. Book 1 caravan n 1 untuk tapak camping pon disediakan. Ada dalam 2-3 caravan khas untuk book dedua tu sekali. So bole la bawa family. Kalau tak cukup tempat tidur bole la tidor kat khemah janji khemah bawa sendiri la ye..

Recommended sangat and berbaloi walaupon mulanya rasa agak mahal kitorang book 320. lepas tu checkin depo 100. Tapi semua berbaloi sangat. Pagi tu kitorang dapat bekfes. So dapat la makan nasi lemak, telur separuh masak, bihun goreng and ada kuih muih apa yang disediakan tu makan jela. Untuk seisi keluarga. Breakfast seawal 8am tau.


Lepas bekfes, kitorang sambung enjoy aktiviti disediakan. Boleh main ATV satu dua kali round je setiap family ok la kan. Round keliling bukit dalam dusun tu. Lepas tu, kids main dengan kura2. Bagi makan the animals. Kena beli rm1 untuk bagi makan itik.


Enjoy naik ATV


Muka baru bangun tidur.


Main kura2


Feed the animals

Lepas tu,dalam kol 9 kitorang siap nak mandi pool. Dapat la mandi sejam jadila.. Sebab mama nak photoshoot. Tempat lawa rugi tak shoot kan. So anyone nak cari tempat shoot lawa recommended la Durian Eco Lodge ni.

Nahhh lanjer sikit shoot2 feeeling gedik. Nasib bawa baju princess ni tau..




Lawakan angle ni.. Dress tu by AZZKAPRINCESS.


Bole la nak beli doyan before checkout. Nah gambar sebelum kami pulang. Short Escape yang paling best. Recommended sangat DURIAN ECO LODGE.


Comments