Assalamualaikum...
Bestkan dapat cuti lama2..
Ramai2 pakat balik kampung halaman..
Ada juga yang ambil kesempatan pergi bercuti..
Bawa anak2 berjalan..
Sambil habiskan sisa2 cuti sekolah anak2..
Bosan je kan bila cuti je pergi shopping mall..
So.. apa kata kita lepak dekat tempat yang menenangkan..
Kalau macam syam.. syam suka pilih destinasi beriadah..
Taman2 ke.. Tasik2 ke..
Sambil relax rehat tenangkan mata, hati and fikiran.. Sambil2 kita lihat ciptaan Allah..
Cakap tempat beriadah ni..
Lately syam ada pergi ke satu tempat menarik di Putrajaya..
Selain tasik Putrajaya..
Boleh juga beriadah di Wetlands..
First time syam datang sini sebab syam ingatkan kena bayar macam taman botani ke kan..
Tapi Wetlands ni macam tasik putrajaya and memang tempat untuk beriadah beristirehat seisi keluarga..
So this time nak review sikit apa yang bestnyer WETLANDS PUTRAJAYA ni..
1. BERKAYAK
Yesz.. anyone yang memang minat berkayak, Wetlands nilah tempatnya sebab tasik dekat sini sangat2 luas. So memang puas hatilah kalau nak berkayak..
Syok kan.. Bayar sikit je.. Berbaloi.. Harga range antara RM10-RM15.. Masa limited 30 minit on weekend and weekday 1 jam..
2. BERPADDLE BOT
Kalau nak naik perahu macam dalam gambar atas ni.. Range harga RM10 untuk jalan2 sekitar tasik yang luas tu.. Dalam setengah jam.. Kanak2 RM5..
Paddle bot pon ada tau.. Range harga RM10-RM20..
3. MEMANCING
Memancing pon boleh.. Sebab memang banyak ikan dekat sini.. Tepi2 tasik.. Nak memancing untuk sewa joran RM21 dari 9am sampai 7pm.. Kecik ada yang besar pon ada memancing.. Cepat je dapat ikan..
4. BERKELAH
Sambil tunggu ikan di pancing.. Boleh berkelah. Sebab banyak pokok yang rendang2.. Redup je sambil tengok keindahan pemandangan..
Cantikkan view tepi2 air ni..
Kalau waktu petang agak silau sikit.. Sebab cahaya matahari mengadap tasik. So, kena prepare sunglass ok..
5. BERIADAH or BERJOGING
Ada juga track untuk berjoging.. Berjalan.. Taman untuk exercise. Memang luas sangat.. Tak sure berapa hektar luasnya Wetlands ni..
Tengoklah view pemandangan sepanjang tepian air..
Cantik sangat.
Subhanallah..
Time syam pergi aritu dalam jam 610 petang. So memang tak sempat main apa pon. Sekadar bergambar and ambil angin buang angin saja plus syam pakai skirt. Sebab baru balik dari Alamanda..
How happy Afia dapat jalan2 dekat taman Wetlands ni..
See.. Sengih sampai ke telinga haa.. Kemain lagi. Kalau bab jalan memang nombor 1..
Sambil lihat keindahan pemandangan Tasik Wetlands ni.. Boleh la makan2 dekat cafe yang ada if kelaparan ke.. Hehe..
Macam2 aktiviti yang sihat yang boleh lakukan dekat Wetlands ni.. Ada range harga setiap aktiviti menarik..
So boleh lihat jadual ni ok..
Waktu kaunter buka..
9 pagi sampai 7 malam..
Sabtu, Ahad n Cuti Umum
830 pagi sampai 7 malam..
Anything boleh contact
PUSAT REKREASI PUTRAJAYA
03-88877773
Belanja satu pic dulu sebelum balik..
Afia tersenyum puas dapat bermain.
Next time datang lagi sini and kita try semua ok..
Ramai orang so malas nak beratur dekat kaunter..
Lepas ni da tahu da tempat untuk beriadah petang2..
Dari rumah syam dekat Puchong nak ke Wetlands dalam 15 minit saja..
SELAMAT BERIADAH!!!!!
Love, SYAM..
Comments
Post a Comment
Sila share pendapat anda..thanks!