Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

9 amalan sihat setiap hari by MAMA AFIA

CABAR DIRI dengan amalan sihat setiap hari.!

Ya! Ini yang perlu dilakukan . Memang kena cabar diri uolls dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk dapatkan tubuh badan yang cerdas dan minda cergas. Tak susah pon sebenarnya sebab semuanya hanya makan masa beberapa minit je. Tak lamapon. Yang jadi masalah, diri sendiri kuat atau tidak. hehe..
Yang pasti, cara ni tak keluarkan belanja yang tinggi.

Nak hidup yang sihat sebelum sakit or sebelum tua. Memang kena start from NOW!
Mama afia sejak ada Afia Amani ni memang selalu jugalah amalkan amalan2 ni.
Tapi ada juga skipnya kan.
Janji, disiplin and konsisten la untuk dapatkan kesihatan yang konsisten dan optimum.


So, jom kita buat cabar diri sama2 untuk amalkan 9 amalan hidup sihat ni setiap hari.

1. Tarik nafas dalam-dalam.

Cara paling mudah ye. Cara ni boleh elakkan tekanan yang melampau atau perasaan ingin marah atau stress yang boleh buatkan depress.
So, tarik nafas dalam2 dalam kiraan 10.. Hembus perlahan2.
Ala macam warming up time before nak berlari.
Syam ingat lagi time sekolah dulu2.
Macam tula.
Memang efektif kalau tengah marah, tertekan or sedih.
Oksigen yang masuk dalam otak boleh berikan rasa segar n lapang, sekaligus boleh berfikir dengan tenang. Inshaallah.
Lepas tu, ikutlah masing2 nak jumpa kawan ke or teman untuk luahan hati.
Better luahkan dekat orang yang paling terdekat.
Takpon mengadu padaNya je.
Sebab segalanya ditentukan Dia.
Haa baru betul.



2. Pilih makanan yang sihat.

PERHATIAN! Jangan amalkan makanan yang berkarbohidrat tinggi.
Kalau tengah on diet tu, better kurangkan makan nasi or berkabohidrat ok. 
Tak payah makan nasi pon tak apa.
Yang pasti, elakkan makanan yang berminyak dan bergoreng.
Syam sekarang tengah usahakan juga untuk kurangkan makanan bergoreng.
So that is why lately ni asyik masak mihun sup, soto la n ayam panggang.
Bukan nak diet tapi nak sihat!
Banyakkan makanan seperti salad, sayuran, buahan and teh herba.
Rasanya pon sedap if kita pandai match kan.
Kalau macam syam, syam gaul sekali dengan thousand island or mayonis sayuran sedikit.
Husband syam suka ni sebab dia on diet.
Malam memang tak makan nasi.
Makan sayur je.
Boleh la.. Flat la juga perut boroi dia yang dulu tu yang macam pregnant 9 bulan.
Keikeikei.. ops!



3. Minum, minum dan minum air.

Nak cantik di luar, kena juga cantik dalaman.
Nak cantik dalaman tak semeestinya kena amek supplement apa2.
Sebab yang penting, kena banyak minum air kosong sebanyak mungkin.
Ini untuk elakkan juga badan dari dehydrated.
Lagipun, if ambil sejumlah air yang banyak akan kurangkan selera makan.
Sesuai la untuk yang tengah diet.
Ia membantu kurangkan berat badan kerana kurang pengambilan makanan. 
Ia juga membantu membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit.
Seeloknya minumlah 2L air atau 8 gelas air sehari.
Bangun tidur, lepas mandi, lepas breakfast, before lunch, after lunch, petang, lepas maghrib and setengah jam before nak tidur.
Nak cantik tak uolls?
CABARLAH DIRI minum air banyak2 k.
Jangan terlupa.
Macam syam dekat rumah je memang asyik lupa minum air so setiap jam pasang alarm as reminder.
Nasib stay dekat rumah je.
Hehehe



4. Gigi cantik, uolls pon cantik.

Untung sangat gigi tersusun cantik. Sebab gigi syam tak macam tu pon.
Sebab dulu suka giler makan coklat sampai takde kesedaran untuk jaga gigi.
So da besar ada anak sendiri baru terhegeh2 nak jaga.
Cara nak dapatkan gigi yang cantik?
Guna berus dan flos.
Anyone yang gigi berterabur digalakkan pakai pendakap gigi.
Syam memang lemah nak pakai pendakap tu.
Sebab kawan kata sakit giler first seminggu tu.
Nak beru gigi berdarah2.
Sebab kan syam takut darah camtu, maka syam hold dulu untuk paka braces.
Anyone boleh la suggestkan dekat syam ye pendakap gigi yang ok and sesuai dengan situasi syam ni.

So, make sure gigi uolls putih berseri.
Bila putih, nampak cantik kemas je bila senyum.
So, makin terserlah la kecantikan uolls.
Ceewah!




5. Makan pagi/breakfast.

Ini tersangat penting!
Sumber nak sihat seharian ialah start awal pagi.
Pengambilan makanan yang seimbang time pagi2 memang sangat baik untuk mengawal berat badan seseorang dan memberikan tenaga yang cukup sepanjang hari.
Pengambilan sarapan boleh kekalkan tenaga yang optimum untuk elakkan diri cepat berasa lapar dan letih menjelang tengah hari.
Ambil makanan secara sihat waktu siang dan makan malam secara ringan saja kerana metabolisme memuncak time pagi dan menurun time malam.
So, jangan lupa or malas untuk bersarapan ok.
Mama afia ambil secawan #minkaffee takpon secawan #bvalfalfajus plus dengan roti telur.
Most of the time syam makan cereal dengan susu segar sama2 dengan afia.
Our fevret breakfast!



6. Guna kaedah tangga.

Lebih sihat sebenarnya jika kita amalakan naik turun tangga setiap hari berbanding naik lif dan eskelator.
If naik 10 anak tangga, jantung da berdegup. Lagi banyak naik tangga lagi banyak berdegup n makin sihat.
Senaman paling mudah yang selalu orang patot buat.
Macam syam dekat rumah memang turun naik tanggan je. Bila turun ada je barang tertinggal dekat bilik, nak bawa kain baju masuk bilik. Memang berpelu juga tau jadi surirumah ni.
Biarlah sedikit berpeluh. Rather than tak keluar peluh langsung.
Sambil berjalan sambil bersenam.
Ok what?
Kata tak ada masa kan..
Hehehe..



7. Berjalan.

Makin banyak berjalan, makin banyaklah kalori akan hilang.
Agak2 berapa kalori seharian kita da telan and berapa banyak lak kita bakar kalori tu.?
Hmmmmm...
Kalau ada pedometer lagi bagus. Berjalan gunakan pedometer nanti lebih excited untuk berjalan lebih lagi tanpa sedar.
Ia dipakai pada tali pinggang selalunya sebab ia akan menunjukkan berapa banyak kalori yang terbakar dalam badan kita.
Seronokkan.
Nanti syam nak beli lah pedometer tu.
At least boleh tahu n jadi encourage kita untuk berjalan.
So lepas ni da tak boleh malas2 da.
Berjalan adalah senaman yang terbaik untuk elakkan osteoartritis.
Boleh juga kuatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang.
Kalau tak nak cepat lenguh2, better banyakkan berjalan.
Lagi bagus pakai dengan 
Premium Beautiful Corset.
Jom jalan2 dekat shopping mall yang besar tu.
Mesti uolls lagi galak nak berjalan tanpa sedar kan.
Kekekeke



8. Selitkan senaman.

Susah sangat nak buat senaman time nak berjalan atau bekerja ke?
Tak kan.
Alaaa 5 minit je..
Badan actually perlukan rehat and dengan cara ini boleh ringankan beban tanggungan.
Lakukan regangan (streching), berjalan dan bermeditasi.
Macam syam buat lompat bintang je.
Cara ni juga untuk elakkan dari tertekan and lebih beri keceriaan pada diri masing2.
Selain senaman, boleh juga ambil supplement Vitamin B bagi utnuk membantu mengekalkan tenaga dan prestasi seharian.
Kalau macam syam, syam amalkan BV ALFALFA JUS.
Tahan lama and affordable.
RM80 je sebotol boleh tahan sampai 4-6 bulan.
Jimat kan.



9. Senaman bangun tidur.

Senaman ni agak sukar. Tapi, inilah waktu efektif untuk buang lemak.
Before bangun dari katil lepas bangun tidur, lakukan 5 kali senaman perut.
Tambahkan bilangan setiap hari sampai uolls mampu capai tahap 50 tu.
Syam baru dapat buat tahap 30.
So kena buat again sampai mampu.
Boleh tingkatkan stamina secara FREE.
Selain itu, boleh bakar lemak, otot obdomen jadi padat dan cantik, badan lebih kemas, postur lebih ok. Barulah keyakinan lebih tinggi.
Pakai sekali dengan BENGKUNG AJAIB PB tu.
Masyukk!!!



Sebenarnya, pemakanan yang seimbang dan senaman adalah dua faktor utama untuk mencapai kesihatan yang optimum.
Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit seperti jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi.
Mengekalkan kercergasan badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan.
Bila da ada anak sendiri, lagilah kita nak jaga badan sendiri dengan lebih lagi.
Makanya, jangan berkira kalau bab kesihatan.
Lagi satu nak pesan, jangan selesa sangat dengan badan besar sebab doktor cakap, badan besar semuanya dalam kategori tidak sihat walaupun dia rasa dirinya sihat.

So ingatlah tu ye uolls!

Ok. As usual, if any suggestion, opinions or idea boleh komen.
Kalau nak tegur ke apa or any inquiries, direct whatsapp me.

NUR SYAMSINA
01110639385

With LOVE,
sYaM

Comments