Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

Sebab-sebab Kenapa Kulit Muka Berminyak

Siapa dekat sini ada masalah kulit muka berminyak..?
Tak bestkan..
Nak make up pon stress.
Cepat je kulit muka da berminyak..
Tak make up pon da berminyak da..
Macam mana tu..?
Stress and rimas la kan..
24 jam nak kena touch up and basuh muka sokmo.. Alahai.. Renyah and lecehnya..

Instead of cure better kita prevention kan..Kita tahu dulu sebab2 kenapa kulit muka cepat berminyak..
Ada beberapa faktor kulit muka berminyak.
Ini mungkin tak ramai yang tahu..


➨POLA MAKAN

Kurangilah makanan yang mengandungi lemak yang tinggi..
Ataupun makanan yang mengandungi santan dan minyak.
Bila berlebihan mengkonsumi  makanan yang mengandungi lemak dan minyak, maka kadar minyak dalam tubuh akan meningkat.
Kekurangan nutrisi dan vitamin juga dapat menyebabkan kulit berminyak.
Kena consume makanan yang kurang lemak dan berminyak and kena ambil vitamin lebih ni.
Semua ada dekat buahan dan sayuran..
Sebab tu.. Back to basic.. Sistem piramid makanan kena amalkan naa..

➨KOSMETIK

Berhati-hatilah memilih kosmetik kerana salah menggunakan produk dapat menyebabkan kerosakan wajah, ditambah zaman sekarang ni banyak kosmetik yang mengandungi zat-zatnya..
So seller2 kena kaji juga kandungan kosmetik yang dijual ye..
Kesian nak jual dekat orang tapi produk ada kandungan bahaya.
Dosa kecil juga tu. Betul tak?
Hati-hati ya semua..
Nanti boleh share dekat komen produk apa yang sesuai untuk kulit muka berminyak..

➨CARA HIDUP

Cara hidup yang tidak sihat akan menyebabkan kulit muka menjadi tidak sihat dan lesu. Jarang olahraga, mengkonsumi ubat-ubatan dan alkohol kerana ia adalah kebiasaan yang tidak sihat.
Kena rajin2 juga buat senaman hari2 yaa..
Senaman muka kan ada.. google je..
Macam2 jenis senaman ada.. Dekat You Tube pon berlambak..
Follow je..
Muka yang sihat memberi inspirasi dan semangat pada diri sendiri tau!

➨FAKTOR KETURUNAN

Bila orang tua kita miliki wajah yang berminyak dan kulit wajah kita juga akan berminyak.
Itu disebabkan keturunan jika family juga berkulit wajah berminyak.
Kalau yang ni, kena control muka supaya tidak berminyak.
Penjagaan lebih dan teliti.
Kebersihan muka kena jaga dengan kerap.
Kerap basuh muka dan jangan ambil heavy kosmetik.
Kena jaga makan makanan yang seimbang dan banyakkan makan buahan dan sayuran.

➨HORMON

Ketika seseorang dalam tempoh 'period' ataupun perempuan yang sedang hamil sering mengalami  ketidakseimbangan hormon,
hal-hal ini dapat menyebabkan kulit muka yang berminyak..
Kena consume supplement yang ada kandungan collagen dan vitamin yang tinggi la ok..
Masalah hormon ni masalah dalaman..
Makanya tak perlu touch up luaran, hanya touch up dalaman je..
Sekarang ada macam2 untuk betulakan and stablekan hormon..
Kena selidik dan kaji ubatan yang teliti dan sesuai dengan diri masing2 ya..

Ok..
So, anyone yang ada masalah kulit muka berminyak..
Kena penjagaan muka yang lebih teliti, kebersihan yang lebih kerap dan penjagaan yang lebih rapi.
Kena selidik dulu kosmetik2 supplement2 sebelum nak consume..
Takut memudaratkan diri pula di kemudian hari..

Seller2 sekian..
Bolehlah komen..
Cara2 nak kurangkan, kawalkan dan hilangkan kulit wajah berminyak..
Kalau ada produk or supplement yang bagus boleh share ok..
Syam pon ada masalah kulit berminyak and tona muka tak sekata..
Sharing is caring! thanks sayang2 semua..



NUR SYAMSINA
0111 063 9385

with love
SYAM

Comments