"Jam da pukul 2 pagi.. Tapi masih tak dapat lelapkan diri ni.. Stressnya!!! Da baring sejak jam 11 malam lagi.. Macam2 da buat tapi mata tak dapat lelap juga...!!!"
Apa perasaan anda jika anda berada dalam situasi begini?
Apa yang anda harus lakukan?
Benda paling stress bila kita baring, tapi tak dapat lelapkan mata.. Mata still tak boleh ke fasa separuh sedar walaupun da rasa mengantuk. Syam pernah alami paling teruk sehinggakan syam ada tekanan perasaan , stress yang amat. Time study dekat U. Ingat lagi time tu.. Esoknya syam ada final exam Plant Protection.
Seriously! memang terseksa sangat2.. Boleh mengamuk dan meroyan tau kalau kita nak tidur tapi mata tak nak lelap juga..Fuh!!!
Waktu terbaik bagi seorang dewasa untuk dapatkan tidur yang berkualiti adalah sekitar 6 ke 8 jam sehari.
Tak boleh kurang dan tak boleh juga terlebih tidur.
First sekali, kena tahu.. Tempoh Insomnia kita.
Tahap pertama..Susah tidur tak sampai seminggu ke.. atau..
Tahap kedua.. Susah tidur sehingga sebulan ke.. atau paling teruk..
Tahap ketiga.. Susah tidur sehingga berbiulan2 lamanya..
Jika tahap insomnia tak sampai seminggu.. Maybe faktor stress atau fikiran yang terganggu..
Jika ada masalah yang mengganggu fikiran anda dan masalah itu masih belum selesai, maybe anda akan alami insomnia tahap kedua..
Jika berlarutan dan kerap sangat memikirkan masalah, terlalu penat tanpa berehat.. Maybe anda akan masuk ke tahap ketiga..
Bagi mengelakkan tekanan perasaan dan fikiran akan jadi lebih tenang ialah..
Dapatkan tidur yang berkualiti..
Waktu yang lebih baik untuk tidur adalah start 10 malam sehingga 5 pagi..
TIPS ATASI INSOMNIA TANPA UBAT
1. Elakkan minum minuman berkafein lepas waktu makan malam sehingga waktu tidur. Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman energy. Gantikan dengan susu untuk cepat rasa mengantuk dan terlelap. Banyakkan juga minum air masak/air mineral. Tapi, pastikan 30 minit sebelum tidur, tak perlu minum air. Ini untuk elakkan perut yang masih dipenuhi air..
2. Hindari situasi stress di malam hari. Bagi yang beragama islam, bolehlah banyakkan mengaji, dengarkan ayat suci al-quran sebelum tidur. Atau boleh juga layankan lagu klasik yang sentimental. Dengar je Suria Cinta hehehe... Boleh pandang ke langit jika stress atau ambil angin tepi laut yang berangin. Main game ke.. atau buat something yang kita rasa seronok, fun..
3. Tidur lebih awal.. Jika selama ni tidur kol 11 malam. Awalkan 30 minit untuk baring sambil baca buku. Confirm cepat menguap and terlelap mata..Kalau macam syam sambil layankan movie (tapi jangan sampai tertidur and movie bersiaran sampai esok, bazir elektrik ja. Pamdai2 la..)
4. Suasana keliling lebih nyaman dan tenang. Hias la bilik seindah and seharum merbak supaya senang nak lelapkan mata. Aromaterapi terbaik boleh legakan diri dari masalah. Bole try macam2 jenis oily rific dari
5. Posisi badan yang betul. Mata akan lebih cepat terlena jika kita mengiring belah kanan. Makanya bahagian jantung akan di bahagian atas. Lebih terjaga dan denyutan lebih tenang.
Leher pula posisi neutral, iaitu tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah.
Posisi yang betul akan buatkan kita lebih selesa untuk ke arah minda separuh sedar dan terlelap..
Nanti bangun lebih fresh jika tidur posisi betul..
6. Tidurlah dalam keadaan gelap.
Efek cahaya akan membantutkan mata untuk terlelap.
Jika tak mampu tidur dalam gelap, cari lampu tidur yang malap.
Ini juga boleh elakkan kanser.
7. Jangan tidur melihat jam atau menghadap jam.
Nanti lagi tak boleh tidur sebab da fokus dengan jarum jam and bunyi jam berdetik..
Jam berdetik juga boleh mengganggu konsentrasi. Makanya, pakailah tutup telinga (ear plugs) supaya tak kedengaran macam2 jenis suara yang mengganggu fokus kita untuk tidur.
8. Mandi dengan air panas. Kalau boleh berendam dengan air mawar.
ATau air beraromaterapik yang hangat.
Fuhh! Nyaman je.
Seriously, dulu time penat2 kerja dekat ladang (sebab syam praktikal dalam bidang pertanian. Penat ooooo)
Memang penat habis. Serious lega sangat and hilang penat serta merta bila kita mandi dengan air suam...
Confirm, syam akan lama kat shower if da berendam dengan air panas ni.. kehkehkeh..
Paling penting.. Fokus rendam kaki dan muka dengan air hangat. Rasa lebih refresh, hilangkan ketegangan, kestressan dan juga saraf pusat lebih tenang.
9. Senaman. Buatlah sedikit senaman ringan sebelum tidur. Kalau tak tahu.. Google je.. Apa susah. Lari setempat ke.. Baring sambil kayuh kaki ke atas ke..
Bila da penat, makanya badan akan cepat letih dan akan segera terlelap. Jangan tahan bila mata da betul2 mengantuk kalau tak memang insomnia la jawabnyer...
10. Solat Isya' (untuk orang islam) before tidur. Gerakan solat dan sujud yang lama boleh melancarkan peredaran darah ke otak dan seterusnya membuatkan fikiran lebih tenang dan rileks.
Seeloknya bangun di tengah malam untuk tahajjud, bila terlelap lepas tu Inshaallah lebih nyenyak sampai ke subuh..
Itu saja tips dari syam.. Senang kan. Tak perlu ubat tidur pon.
Syam pon insomnia..
Sebenarnya bukan susah tidur, tapi kita yang terlalu fikirkan macam2 before tidur.
Bila da stres tu jadi susah.
Syam memang selalu berfikir time nak tidur je.
Time lain payoh lak nak berfikir. Kehkehkeh..
Memang patotla insomnia!
Account Facebook baru syam
013 647 26 77
Good Night sayang2 semua!
Mohon komen dan share ok!
#muahxciket
Love, Syam.
Comments
Post a Comment
Sila share pendapat anda..thanks!