Ramai yang sakit2 badan, tapi tak sedar bila2 tuhan boleh ambil nyawa kita. Amalkan solat tahjud dan solat taubat selalu selagi masih hidup..renung2kan lah.
Asas utama Solat Taubat:
1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada
melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan
daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang
berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa
yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan
lain-lain sekadar yang termampu.
3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.
(Sumber dan adaptasi dari tazkirah.net)
Lafaz Niat solat taubat
Tiada tuhan melainkan Dikau(ALLAH) Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan yang aniaya (zalim).
Daku
mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan
Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
Daku mohon
perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya.
Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Comments
Post a Comment
Sila share pendapat anda..thanks!