Assalamualaikum..
Syam nak share sedikit info penting buat ibu2 yang masih menyusukan baby masing2.
Sepertimana syam, afia kini 2 tahun lebih tapi syam masih menyusukan baby.
Untuk pengeluaran susu yang banyak dan supaya baby juga dapat khasiat nutrients yang elok dan seimbang dari susu badan ibu, ibu hendaklah jaga pemakanan.
No need makan supplement pon.
Jika makanan tak di jaga, telan la supplement hebat macam mana pon tidak beri benefit dan nutrients yang mencukupi secara berpanjangan.
Jadi, ibu2 kena juga take care cara pemakanan since menyusukan badan.
So, here some guidelines untuk ibu2 take note.
Makanan yang Perlu Dielakkan Semasa Menyusu Baby
👶 Makanan Pedas dan Berempah
Sesetengah ibu boleh makan makanan pedas dan berempah dan tidak mendatangkan masalah kepada baby.
Jika ibu2 mendapati baby kerap meragam dan selalu tidak selesa perut,
mungkin ada baiknya ibu2 elakkan terus daripada memakannya.
Syam memang suka pedas tapi syam ambil dalam kuantiti yang sedikit je..
Sebab masih menyusukan afia..
Kalau dulu, 10 batang cili pon kuboleh bedal hokey..
👶 Kopi
Apabila ibu2 minum kopi/teh (berkafein), sebahagian kafein akan masuk ke dalam susu.
Oleh itu, baby tidak dapat mengeluarkan kafein daripada badannya secara efisien seperti seorang dewasa, kafein yang terkumpul banyak akan menyebabkan ia tidak selesa badan, meragam dan susah tidur.
Cara penyelesaiannya, adalah mengurangkan minuman yang berkafein (elakkan terus kalau boleh), jika ibu2 minum 2-3 cawan kopi sehari, kurangkan kepada satu cawan sehari.
Takut baby jadi gelap macam kopi lak..
hahahah tak ada lah.. Gurau je..
Actually, kopi ni boleh kurangkan production susu badan.
Jadi, kalau boleh elakkan minum berkafein sepanjang susukan anak ok.
Macam syam, lama da tak minum teh o ais.
Selalu pi kedai order teh o ais, sekarang ni order milo ais la, jus la.
Min Kaffe pon tak minum da..
Walaupun sedap.. huhuhu
Demi anak kupuasa la minuman berkafein..
👶 Alkohol
Yang ini untuk beragama Islam memang WAJIB DIHARAMKAN minum alkohol.
Actually, alkohol is not good and very very not good for mommy yang masih breastfeeding.
WAJIB dielakkan by mommy2..!
Jika ibu2 minum alkohol dengan banyak, terdapat beberapa kesan sampingan yang akan muncul,
antaranya ialah mengantuk, lemah dan kenaikan berat badan yang mendadak dan tidak normal kepada baby anda..
Manakala kesan kepada ibu2 pula,
susah nak capai 'let down reflex' di mana ia sangat penting untuk penyusuan.
Orang yang minum alkohol untuk merasa relax, selalunya akan jadi bertambah resah gelisah.
Jadi, gunakan cara lain untuk merelaxkan diri memasing okey.
👶 Buahan Sitrus
Di dalam buahan sitrus, seperti orange and lemon, terdapat bahan yang mungkin boleh memedihkan usus baby.
Ini menyebabkan baby meragam, muak banyak dan terjadi ruam lampin.
Jika ibu2 mengurangkan atau mengelakkan buahan sitrus merupakan satu langkah yang baik demi kesejahteraan baby uolls.
Gantikan makanan lain yang kaya dengan Vitamin C dalam pemakanan uolls seperti betik dan mangga.
Syam memang tak suka makanan masam2.
Time preggy jela boleh makan masam.
Hahahha..
So, selamat!
Syam banyak makanan betik dan mangga je.
Sebab nak bagi and motivate afia makanan buahan.
Nasib dia suka, tupon sebab tengok mama dia selalu makan buah tu je.
Hat lain, memang dia takmo telan la..
👶 Coklat
Ramai yang menggemari coklat.
Seperti kopi dan teh, coklat juga mengandungi kafein tapi tak sebanyak kopi dan teh.
If ibu2 ada mengesyaki baby meragam setelah ibu makan coklat, better hentikan seketika makan coklat buat beberapa hari.
Jika ada perubahan yang positive dari baby, teruskan elak daripada makan coklat ok atau kurangkan kuantitinya jika boleh.
Coklat is my fevret. So tak boleh stop.
Sekarang ni, memang kurangkan makan coklat
sebab afia ni besar da.
Nanti addicted habis la gigi dia.
Nak gosok gigi pon kemain berperang..
Setakat ni tak bagi coklat dairy, tapi bagi afia biskut coklat je.
Afia still under 3 ages.
👶 Kacang Tanah
Jika uolls from family yang ada alahan dengan kacang, anda kena berjaga-jaga sebelum memasukkan kacang dalam pemakanan anda.
Jika ibu2 makan kacang dan baby jadi sensitive atau alah, ibu2 akan perasan simptom seperti kemerahan, eczema dan hidung tersumbat.
Syam memang jarang makan kacang.
Sebab takut jerawat naik.
Kalau termakan, mesti jerawat dok naik.
So, tak nak makan da.
Makan pon sebab terliurk tengok kacang rebus dekat pasar malam.
Hahhaha itu ye.. tak boleh elak..
👶 Makan Bergandum
If ibu2 makan sandwich atau pasta sebelum bagi baby menyusu dan mengakibatkan baby mendapat simptom seperti ini:
menangis tidak berhenti, atau najis berdarah, sembelit, ini menunjukkan baby anda sensitive dengan makanan yang mengandungi gandum.
Untuk memastikan itu adalah alahan, hindari makanan bergandum selama 2-3 minggu.
Jika simptom yang terdapat baby mula menunjukkan kesan positive, means anda tak boleh makan bergandum da sepanjang menyusukan baby.
Ibu2 bolehlah take peluang ni nak kurangkan kolestrol dan berat badan kan time ni..
Cewahhh!
👶 Produk Tenusu
Simptom alahan kepada produk tenusu (susu, yoghurt, ais krim) adalah seperti berikut
colic, muntah-muntah, susah tidur dan eczema.
Jika produk tenusu menyebabkan anda mendapat simptom tersebut, elakkan produk tenusu selama 2-3 minggu untuk memastikan alahan terjadi disebabkan oleh produk tenusu.
Afia dulu alami simptom camni sebab mama makan makanan berasaskan kelapa.
Setahun puasa santan tau.
Sekarang, alhamdulillah ok da.
👶 Makanan Laut / Kerang
Pakar-pakar telah dapati bahawa lebih kukuh sejarah keluarga terhadap alahan makanan tertentu, lebih besar risiko dan lebih awal baby itu mungkin menunjukkan tanda-tanda.
Dalam erti kata lain, jika bapa punyai alahan kerang, tetapi anda tidak mempunyai masalah dengan udang dan sotong, anda mungkin ingin mengelakkan kerang ketika penyusuan badan.
Rasanya sejak afia lahir ni, tak telan lagi kerang.
Rindunya la nak makan kerang bakar..
Nak carilah nanti.
Sekali sekala.
Papa afia allergik seafood.
Tapi mama dia ok..
Alhamdulillah..
👶 Telur
Alahan telur (biasanya kepada putih telur), adalah perkara biasa dalam kanak-kanak.
Tetapi oleh kerana telur bersembunyi dalam pelbagai jenis makanan, dari roti dan makanan ringan, makanan untuk aiskrim, kek, mungkin sukar untuk menentukan sumbernya.
Satu lagi taktik untuk penyusuan ibu2 yang mengesyaki anak mereka mempunyai alahan makanan adalah untuk mengelakkan semua makanan yang paling kerap memberi alahan sekaligus (bahan-bahan tenusu, soya, telur, gandum, dan kerang).
Selepas dua minggu, setiap makanan alahan ditambah kembali satu persatu, membenarkan sehingga empat hari di antara makanan berlainan untuk menilai kanak-kanak bagi ruam dan gejala-gejala lain.
👶 Makanan Berasaskan Kacang Soya
Ramai kanak-kanak yang alah dengan produk tenusu (dairy intolerance) juga menunjukkan tanda-tanda alahan soya.
Jika anda mengesyaki soya dalam diet anda menyebabkan masalah pada baby, periksa jenis soya yang anda makan "Soy Protein Isolate", soya yang diproses ditemui dalam protein shake dan banyak makanan lain, mungkin lebih cenderung untuk mencetuskan alahan kepada anak anda.
Sebaliknya makanan seperti sup miso dan tempe, boleh diterima baby anda tanpa masalah.
Insyaallah.
Jadi, anak2 tak sesuai untuk makan kicap.
jangan lupa, kicap merupakan sumber dari soya ok!
👶 Pulut / Tapai / Fermentation Foods
Makanan yang berasaskan pulut dan juga fermentation foods memang sepatotnya dielakkan.
Sebab makanan ini adalah 'tajam'.
Tapi ibu2 boleh tahu tahap immune badan anak2 masing2.
Jika lepas ibu makan sedikit, anak da sakit perut, kembung, menangis nonstop,
jadi, berhenti teruslah sepanjang susukan anak ok.
Kesian kat anak.
Makanan seperti ini tidak elok untuk kanak-kanak.
Sekali sekala tak apa bagi anak yang boleh bertahan.
Makan dalam kuantiti yang sangat sedikit saja pada satu masa.
Be careful!
👶 Peppermint (Pudina)
Siapa suka teh pudina?
Same goes here.
Lepas kahwin tak dapat minum langsung till now. huhuhuk..
tapi, luckily...
Sebabnya.. sebatian tertentu dalam herba ini boleh mengurangkan susu anda.
Jadi, mohon sangat2 elakkan daun pudina ini ok.
Jika anda minum beberapa cawan sehari, menurut pakar herba ("peppermint tea" sering digunakan sebagai holistik bagi membantu behentikan pengeluaran susu badan jika anak anda sudai bercerai susu secara muktamad). Untuk mean off ok la..
Apa yang anda boleh minum?
Cuba secawan teh "chamomile".
Sebatian dalam "chamomile" yang masuk ke dalam susu anda mempunyai kesan yang menenangkan baby anda dan juga anda!
Gula-gula pudina dan ubat batuk menthol hendaklah digunakan secara sederhana kerana keduanya mengandungi minyak peppermint yang pekat.
Jadi, semoga sedikit info ni boleh manfaatkan berjuta ibu2 di luar.
Sama-sama jaga pemakanan.
Inshaallah baby anda sihat bersama anda.
Untuk hidup yang lebih lama, kesihatan yang optimum dan keluarag yang always happy ceria.
Inshaallah!
Ada tambahan boleh share.
Nak tanya by personal boleh direct syam ok..
013.647.2677
sharing is caring!
with love,
syam
menarik sis sahring ni..memg ibu pregy kene byk ambil sayur dn buah kan...btw..jika ada nak try pakai filter air cuckoo/atau filter udara cucko? bagus ad epenapis air tekan aje air suam utk susu anak tu .sy syorkan pakai..sy NE cuckoo kl ..puan bole wsp utk sy consult apa produk cuckoo terbaik yer...sy ikhlas nak bantu..wsp ler 011-16930576..lgpun mudah keje puan ade pakai penapis air kan tekan aje ..hehe....smoga trus dpt jd ibu trbaik utk anak anak ya puan..
ReplyDelete