Seram sejuk bila dengar orang kena santau dan sihir ni.
Macam-macam yang kena.
Ada yang sehingga membawa maut.
MasyaAllah!
Dahsyat sangat penangan sihir santau ni.
Teringat balik tahun awal 2014, syam pernah kena dulu.
Sebabnya bermula bila..
syam selalu jadi Top Sales Production di sebuah company dulu..
Maybe sebab orang jeles, asyik nama syam je naik every week selama 3 bulan.
Lepas tu, bila syam masuk je office, memang jadi la meracau, meroyan, cakar, menangis.
Sampaikan 10 orang yang pegang syam pon tak boleh kawal.
Macam kena rasuk pon ada.
Bermula lah episod kawan2 office terpaksa susah sebab syam selalu kena dekat office.
MasyaAllah!
Thanks sahabat2 yang pernah tolong.
Jasamu syam kenang sampai mati.
Termasuk mr hubby sanggup mai jauh2 sebab nak bantu juga. Time tu kena dekat melaka.
mr hubby datang dari UKM sebab time tu belajar lagi dekat ukm.
Memang teruk, beribu habis nak berubat.
Sampai hijab terbuka la.
Muntah darah, muntah kaca, muntah setiap 5 minit dalam masa satu hari.
Almost mati tau.
Ibu tengok pon nangis2 sebab macam mayat hidup.
Before ni 3 ustaz tak menjadi berubat.
Da sembuh, kena balik.
Bila jumpa ustaz dari As-Syifa masjid tengkera melaka, baru lah ok.
Alhamdulillah.
Time tu kol3 pagi kaklong abang long syam bawa jumpa ustaz.
Last choice.
Ustaz kata tak perlu datang ke ossice lagi.
Berhenti terus.
Alhamdulillah.
Memang terus sihat lepas aku resign.
Ustaz kata ada orang yang rapat dengan syam jeles and buat benda ni.
Yang selalu bergelak tawa dengan syam.
Syam pon tak pasti siapa.
Semoga bukalah pintu hatinya.
Syam da maafkan perbuatannya walaupun keadaan syam sangat teruk time tu.
Budak2 office lama mesti tahu (Kerusi Rosak, Munirah Rosman, Intan Suahan Othman, Mohamad Shafiq bin Rosli(exboos dulu), Khai, Anis Syaqira, Ibnu Sufi, Acad, Nini dan ramai lagi yang bantu..)..
Thanks guys..
So, dekat sini, syam nak share sedikit info tanda-tanda di sihir atau di santau.
Semoga bermanfaat..
👀 Barang-barang electronic di rumah cepat rosak (TV, radio, fridge, computer, etc)
👀 Duit asyik hilang tanpa sebab.
👀 Ahli rumah keluarga cepat marah atau emosional.
👀 Tak suka duduk rumah. Rasa serabut sangat.
Lebih suka dan tenang di luar.
👀 Selalu bergaduh antara satu sama lain di rumah.
👀 Dengar orang yang dikenali (mak,pak, adik, abang, kakak etc) panggil tapi tengok takde orang.
👀 Tanda lebam di peha, kaki atau mana2 anggota badan bila bangun pagi.
👀 Perubahan watak berlaku kepada seseorang. (Dulu dia seorang ceria tapi sekarang menyendiri).
👀 Suka tengok cermin lama-lama atau barang lama yang melampau.
👀 Suka tengok bulan mengambang di tingkap.
👀 Suami isteri makin susah nak bertemu dan duduk berbicara, susah nak bersatu.
Timbul syak wasangka yang bukan2.
👀 Suka tengok pokok-pokok diluar tingkap rumah pada sebelah malam.
👀 Kemesraan suami isteri makin jauh berkurangan tanpa sebab munasabah.
👀 Kedai/business dahulu selalu ramai orang kunjungi tetapi sekarang berkurangan dengan teruk sekali.
👀 Terjumpa pasir, air, atau benda2 pelik yang berada di depan pintu masuk / kedai secara tiba2.
👀 Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa2, normal.
👀 Bila x-ray, terjumpa macam2 benda yang mustahil masuk dalam badan seperti stapler, paku, paper clip, kaca dan sebagainya.
👀 Ibadah makin berkurangan, makin malas.
👀 Rasa malas melampau, mengantuk luar biasa, lemah semangat terutama menjelang maghrib.
👀 rasa tidak senang / meluat bila dengar bacaan ayat-ayat Quran, Azan atau zikir-zikir.
Jika anda penambahan, uolls boleh share di ruang komen.
So, siapa yang pernah kena tu, bolehlah share story memasing k.
Semoga jadi pengajaran kita supaya lebih rapatkan diri padaNya..
013.647.2677
with love,
syam
Comments
Post a Comment
Sila share pendapat anda..thanks!