Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

TIPS NAIKKAN FOLLOWERS UNTUK NEWBIE DI TIKTOK by Sina Shaari

 Assalamualaikum..

Lama tak bersiaran. Busy bertiktok sekarang ni. Leka main tiktok haa. Habis tak buat kerja semua hahaha Ni sebab gara-gara followers da ramai and syam sibuk jaga engagement di tiktok. 

Sebut pasal tiktok ni actually syam mula bertiktok bulan september 2020. Banyak juga la video almost setiap hari ada dalam 1 or 2 video joget2. Konon saja nak have fun release stress PKPB dekat rumah kan. Mula2 followers tak banyak pon. Naik pon sikit2 je. 3-4 ketul je followers setiap hari. Video lak sendu je. Kadang ada la 2-3 likes tu pon da happy. Memang terasa macam syok sendiri la.. Sebab tak tahu lagi camne Tiktok ni kan..


Now, alhamdulillah dalam masa 10 hari je followers before ni 300 kini da jadi almost 5k followers. Haaa padahal syam ni newbie je tau.. Nak tahu macam mana syam buat? 

CARA-CARA NAK NAIKKAN FOLLOWERS MENDADAK

1. Like video orang

2. Follow orang

3. Komen 'DONE FOLLOW SIS'

4. Copylink video orang tu then share dekat komen dia (bagi dia tahu) atau pon da copylink keluar dari Tiktok (bantu secara senyap katanya).

4. Repeat buat benda sama nonstop selama sejam. Before tu, pastikan profil kita elok, lengkap dengan muka kita sendiri, or bukan fake, jangan private and pastikan kita aktif up juga video seketul dua untuk aktifkan engagement.  Then tengok la apa jadi. Ramai akan follow kita nonstop. Kita jenuh nak tekan followback tu satu2 (disarankan tengok video mereka dahulu baru tekan followback kalau tak nanti kena block Tiktok tak boleh nak followback selama 24 jam).

5. Jangan sombong. Tiap ada masa free buat benda sama. Lagi2 video yang masuk FYP (FOR YOU PAGE) korang tu kan. Pi like follow and komen orang yang komen dekat video situ). Mesti naik laju je. Jangan stop buat nanti engagement susah nak cari balik.

Ni time capai 1k followers. Before ni kemain susah nak naikkan 100 followers. Tapi, bila kita tingkatkan engagement dengan orang lain. Rajin say hi, like, follow orang and copylink orang lain punya video, memang auto senang je Tiktok buatkan orang lain follow kita tau. Haa gitu. Syam konsisten buat dalam masa sejam. Mendadak naik. Sampai tak boleh nak Followback. Katanya Followingback too fast. So kena la tunggu esok nak followback orang semula. Jenuh tunggu. Excited tak boleh cakap laa. Pastikan followback orang slow2. Tengok seketul dua video dia dulu baru followback ok. Kalau ada masa laa hehe.. Cari masa free ok.


TIPS NAK SURUH ORANG FOLLOWBACK KITA

1. Account kita jangan la private. Bila kita da follow orang, orang mesti nak tengok siapa yang follow dia. Tengok video kita. 

2. At least ada 3 video. Baru orang tahu kita ni bukan stalker ke, scammer ke. Followers bukan setakat tambah followers. Kita bina la hubungan jadi kawan boleh tukar pendapat, idea, minat yang sama ke. Itu namanya engagement yang kuat.

3. Aktif like, follow and komen done follow. Yang pasti, tonjolkan diri yang kita ni aktif dan sentiasa support orang and tak sombong nak say hi dekat komen video yang masuk FOR YOU tu..


Da capai 1k followers jangan stop aktif pula. Kita kena buat content video menarik supaya engagement makin kuat. So, viewer setiap video makin naik. Content video mestilah menarik untuk orang like, komen and copylink. Tak perlu follow idea orang. Just be yourself and buat cara uguys ok.

Korang boleh follow Tiktok syam ok @sinashaari.. So, bole tengok viewers syam. Almost semua lebih seribu. Paling tinggi 20k viewers and 17k viewers. Korang boleh tengok konsep idea content syam apa. And korang fokus buat tu je setiap hari. Memang makin naik views tu. Pastikan konsisten follow, like and komen and copylink video orang dekat FYP ok. Biar orang ingat nama kita dan kenal kita sebagai aktif.

BENDA YANG TAK BOLEH KORANG BUAT DI TIKTOK

1. SPAM LIKE VIDEO ORANG. Dalam 1 minit uguys like video tanpa tengok video tu sampai habis dulu. Nanti Tiktok akan banned korang and viewers orang tu makin rendah and slow. Kesian kan. Biasa Tiktokers yang aktif ramai followers ni diorang akan block je siapa yang spam like. Sebab tak nak effect video viewers diorang. So beware ok!

2. JANGAN DELETE VIDEO DA UPLOAD DEKAT TIKTOK. Tak jadi ke, jadi ke, tak lepas update ke, under review ke, jangan pernah sesekali delete video. Uguys boleh upload semula, or buat video sama yang lain. Yang tu boleh. Tapi delete jangan k. Uguys boleh private kan video yang tak jadi tu. So tak ada orang nampak. Haa gitu. 

3. DILARANG MENGGUNAKAN PERKATAAN LUCAH, ABBUSIVE and sewaktu dengannya. Video uolls akan direport. Nanti susah nak naik.


Teruskan la buat content yang bermanfaat, positive, belajar something, beri ilmu, yang best dan menarik so nanti automatik bole naikkan followers. Bila da capai 1k followers boleh la buat LIVE. Nak buat LIVE, pastikan ada something best supaya orang tak krikkrik tengok LIVE korang. LIVE boleh collect gift and followers. Gift orang bagi tu boleh cashkan tau. WOW! And sekarang TIKTOK negara lain followers da 10K da boleh dapat duit macam YOUTUBE. Dekat Malaysia tak pasti lagi camne.

Selamat Bertiktok ye guys!

Jangan lupa follow me, I will follow you back!

Muahxx...


Comments