Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

REVIEW HOTEL THE PINES MELAKA

 

Assalamualaikum hai semua. Kalini syam nak share menginap di hotel area Melaka je. Almaklumlah tak boleh rentas negeri. So, cuti sekolah ni bawa anak-anak check in hotel dalam negeri. Sejauh 13km je dari rumah hahahaha boleh la kan. Janji suasana berbeza dari rumah.

Banyak hotel kitorang usha. Carilah hotel murah melaka.  First sekali nak bilik besar, pool yang besar dan harga berpatutan. So kitorang book la The Pines Melaka dekat agoda je. Agoda ni ikut masa harga naik. Ada harga bila tengok balik da turun. So kena pandai2 tengok la ye. Mula2 tengok harga bilik Family Suite dekat agoda RM168. Lepas sejam tengok balik da jadi RM150. Apa lagi.. Book terus laa. Sebab nak check in lusa nya. Lepas tu kan.. malam kitorang tengok balik dekat agoda jadi harga RM175. Esok pagi tengok jadi RM139. Alahai.. 

Ok.. Kitorang check in jam 3 petang khamis. Time check in tu memang agak beratur la juga. Tak ada la crowded tapi ada la orang yang check in juga. Mostly orang melaka juga hahaha masing2 tujuan sama bawa anak2 bercuti dalam negeri. Nak buat macam mana kan itu je yang boleh.

Sampai2 je apa lagi terus explore serata bilik. Wehh besar giler bilik dia haaa. Bilik air tak ada la bath tub and tak ada la besar mana tapi mostly memang selesa sangat. Da maacm studio da. Siap ada pantry lagi. Sofa bed besar. Ruang office lagi. Papa they all suka la bole buat kerja dengan selesa. Mana boleh tinggal laptop dia.. Haa maacm dalam video ni. Paling excited the kiddos laa hahaha

Bilik sejuk giler of course. Masuk je bilik anak2 lepak atas katil. Syam apa lagi. Terus la bergambar di segenap penjuru. Hahahaha

Katil queen boleh la muat 4 ketul atas tu. Ada sofa bed dia besar gak. Sorang anak syam tido situ la malamnya. Ada lagi satu sofa dekat depan tv. Mostly kitorang tak tengok tv pon. Cerita dari android box dia. HBO. Haa tu jela yang ada. So layan netflix la dekat laptop malam nya tu.

Ni seketul cermin besar yang ada depan toilet. Bole la berangan kan..
Tengok belakang tu tempat pantry dia. Ada siap kabinet and sinki lagi. Besar tau. Lupa lak nak ambil gambar kat situ. Peti ais pon ada siap dengan dua botol air sejuk. Cuma pinggan sudu tu tak ada la. Cerek cawan and coffee2 tea2 tu ada la dia bagi. Kitorang tak guna pon. Bawa sendiri punya je.

Nila sofa bed syam kata tu. Memang besar dan selesa. Dua ketul budak umur 2-6tahun bole la muat..

Karpet dia tu memang betul2 tebal selesa je duduk atas karpet tu. Yang pasti tak berbau.

Wardrobe dia besar and siap ada peti besi lagi kot nak simpan emas ke handphone wallet ke time tak ada dalam bilik. And ada lampu dalam lemari dia. Tengok la meja office dia pon besar. Eh luas la bilik ni. Ingat family suite katil je besar sekali bilik besar luas dia bagi. Selesa sangat.



Ni penjuru katil. Ada palang lagi antara sofa bed tu. Macam bilik studia apartment tu.

Lepas tu apa lagi masing2 tak sabar nak terjun kat pool dia. Tu terus pergi ukar baju berenang. Wehh excited. Bilik kitorang ni tinggi tau. Tingkat 16. Ada 20 tingkat tak silap The Pines ni. Nampak la bandar Melaka and Kg Morten belakang tu. Nak pergi pool dia tu dekat tingkat 7 sebenarnya. Kitorang suka turun dekat level 8. Sebab nanti ada tangga lalu dekat cafe dia. Cafe dia ni buka untuk breakfast dan dinner saja. 




Tu dia besar btul kolam dia. Level 7 nilah yang ada pool terus terjun dari bilik tu. Tak ada la private mana. Sebab bersambung dengan kolam besar ni. Cuma bestnya tak payah jalan keluar. Keluar masuk terjun kolam jela. Anak2 syam suka mandi dekat kolam dalam 4m. Pakai pelampung tangan tu jela. Terkedek2 diorang berenang. Seronok tengok. Tempat budak cetek 2m. Dari pool bebudak boleh tengok pemandangan bandar Melaka sebab ada tebing tu. Gayat la sikit bila tengok. Mula2 berangin je duduk dekat kerusi malas tu. Ada yang tertidur. Memang syok la layan. Last2 syam pon terjun haaa. Sejuk air. Tapi syok. Sebab tak ramai dalam pool. Boleh layan bebudak berenang sesuka hati gitu.



2 jam dalaam air oii kejung. Siap2 cepat lepas tu jam 6.30 keluar makan. Ingat nak gi jalan kaki je kg. morten tu sebab tengokm dari bilik atas macam dekat. Sekali tanya guard better naik kereta so tak adala penat. Jalan sikit parking dekat dataran medan selera tu. Jalan kaki dekat kg morten. 

Ni gambar dekat lobi hotel. 

Kitorang singgah dekat Nasi Lemak Istimewa Kg Morten. Ramai betul orang. Syam suka makan bihun sup dia. Uishh padu! Balik terus jam 7.40malam siap tapau TEXAS CHICKEN lagi bagi bebudak makan kot memalam lapar.. Balik tu terus terbongkang atas katil. Anak2 ketiduran haa. Time ni la layan Runningman atas katil sambil selubung selimut. Sejuk oii.

Menapak la nak pergi kg. morten dari car park. 
Sempat bagi ikan makan tau.


Ni pemandangan malam dari bilik kitorang tingkat 16. Bestnyer boleh termenung jap. Suasana bandar Melaka dan kg. morten dari atas. Meriah.

Esoknya kitorang sarapan beli dekat cafe bangunan sebelah alaa bangunan AIA. Tapau je. Sejuk2 makan dalam bilik je dulu ambil mood sebelum berenang lagi. Pagi tu terjun pool jam 8.30. Kol 10am da naik da siap2. Kol 12 nak checkout lak. Kol 11 lebih macam tu sebelum check out. Pi la ambil gambar sekitar area pool tu. Cantik. Ada ruang santai. Lighting cun. Angin sepoi2 je. Syok la prgi time tak ada orang.

Nasib la anak syam pandai ambil gambar.

Ni dekat level 8 sebelum turun ke pool. 

Ni dekat tangga turun ke pool.


Ruang santai ni. Lighting cun. Jangan prgi tepi sangat, gayat oii..

Ni depan cafe tu..

Sebelum balik sempat la main2 dengan the kiddos dalam lif dia. Keliling atas bawah cermin. Optical illusion betul.


Car park weolls parking dekat B1. So sebelum check in daftar dekat lobby parking depan hotel dulu then da daftar baru parking naik atas. Check out je terus pergi Mahkota Prade sebab nak lunch NANDOS. Always my fevret. Yummeh!
Balik ketiduran berejam tau hahahah penat swimming punya pasal.

Syam bagi 5 bintang sebab swimming pool and bilik yang tiptop. Next nak booking dekat Imperio Residence lak. Depa kata bilik menarik siap ada jakuzi ni haa. Oii bestnyerr. Dekat bandar Melaka juga hadap laut Selat..Syok tu. Taaa sabar!


Bulan raya inshaallah check in sini dengan family. Sebilik RM400. Nanti syam da check in bagi review syam bagi contact number owner dia ye. Stay tune..




Comments