Lama Dapur Mama Afia ni tak berasap.
Bukannya malas tapi tak ada masa.
Kononnya la kan..
Padahal surirumah je. ekekeke..
Hari2 masak sampai tak tahu nak masak.
Itulah akibatnya..
So kat sini syam nak share untuk makan malam simple2 je k..
Siapa suka makan roti pita isi daging???
Kita geng! hehehe..
So syam nak share resepi perkongsian dari kawan..
RESEPI ROTI PITA ISI DAGING MELIMPAH!
Fuh!!! Dengar je pon da sedap.
Apatah lagi tengok gambarnya.
Tangkap leleh air liurk jela k!
Bahan2 buat isi roti pita ni mudah je!
Kicap manis, sos tiram, soso cili, tomato kecik, cili benggala, carrot, bawang putih, bawang holand, bawang merah, timun jepun, mayonis, roti pitadan daging burger or daging hancur.
Kesemuabahan ikut kuantiti masing2. Ikut suka nak banyak mana.
Tak ada paksa rela naa..
Lepas tu, kesemua cili benggala, bawang merah, bawang putih, carrot, timun jepun, tomato kecik dan daging burger di potong dadu macam ni..
Tadaaa!
Cara2 nak masak isi roti pita ni:
Letak minyak dalam kuali dan panaskan kejap.
Lepas tu tumiskan semua jenis bawang sampai naik bau dan garing ok.
Tinggalkan sedikit bawang holland ke tepi.
Masukkan daging sekali ok.
And then,
masukkan sos tiram, kicap, sos cili dan sedikit lada hitam (tak nak tak apa naa.. tak ada orang nak marah)
Gaul sebati.
Takmau letak garam da kalau guna daging burger k.
If daging hancur baru letak sedikit garam.
Lepas itu, masukkan lebihan bawang tadi dan semua sayuran da di potong dadu tadi.
Masak sekejap.
Then, boleh masukkan sedikit air dan masak sayur sampai lembut dan air kering ok..
Air ikut kuantiti banyak mana korang buat.
nisbah air dan sayuran 1:4
Lepas tu da siap. Jadi kering macam ni.
Juicy and colorful gitu!
Tadaaaaaaa!!!!!
Get ready untuk roti pula..
Tak sabarnyer..
Goreng roti pita yang di kerat dua macam dalam gambar..
Pastikan goreng tanpa minyak and takmau lama2 ok.
Flip flop flap kan aja!
Lepas tu, masukkan inti daging kasi melimpah ruah dalam roti pita.
Isi sampai penuh terkeluar pon tak apa.
Korang nak hias dengan salad ke, tomato ka.. sos bbq ke.. thousand island ke lantak la.
Syam suka sos cili and mayonis banyak2..
Selamat menjamu selera!
Nak rasa boleh try!
Mudah je resepi roti pita ni.
Confirm puas hati!
Mohon share2 resepi ni ye korang!!!
With Love,
SYAM
Comments
Post a Comment
Sila share pendapat anda..thanks!