Ada banyak sebab kenapa ramai memilih untuk menaiki motosikal pergi ke kerja..
Antara sebab utamanye ialah kos. Bandingkan kos minyak ke kerja dalam seminggu. kalau kereta ada la dalam rm50.
Tu pun Belum masuk tol lagi.
Naik motor pulak kos minyak seminggu pon dalam rm10 dua kali isi.
Tak payah bayar tol pastu jimat masa tak payah hadap trafik jam/sesak.
So yang bawa kereta sorang2 tula yang buat jem..
Jadinya ramai yang nak naik moto pegi keja tapi tak berani sebabnya utamanya takut eksiden berlanggar dengan kenderaan lain.
So kat sini aku nak share sikit tips selamat naik motosikal.
Nak kata aku ni expert tak da.. naik motosikal kapcai je...tapi sepanjang pegi kerja hari-hari naik moto.. Sehari pegi balik keje dalam 32km.
Seminggu dalam 160km.
Sebulan dalam 640km.
Setahun 7,680km.
Dah tiga tahun aku bawak moto gi keje so dalam 23,040km dah aku travel guna moto aku buat g keje je. Ni kire anggaran je..
Setakat ni pernah sekali je den eksiden tu pon sobab berangan time menunggang, so den langgar terowong dekat laluan moto tu...so damage kat bahagian depan moto je.
So macam-macam ragam aku nampak sepanjang perjalanan pergi keje.
Dapat la aku share kan ape yang paling penting untuk pastikan perjalanan naik moto anda selamat.
- Benda yang paling penting adalah peka... sentiasa ready untuk brek atau mengelak sebarang aksi mengejut yang selalu drebar kereta buat. Kereta ni ada spesis yang bangang tiba-tiba brek mengejut or tuka lane tak bagi signal.
- Semasa riding dalam jam, nak selamat naik moto kena la bawak ikut kemampuan brek moto. Maksudnya kalo brek tu tak berapa nak cengkam or makan, toksah la bawak laju sangat. Takut tak sempat brek.
- Bawak ikut kelajuan trafik.. Jangan bawak laju or slow sangat..kalo bawak slow aku yg duk follow belakang ko pun hangin. Tapi kalo baru nak start bawak dan tak konfiden bawak je ikut berapa konfiden yang ada. Lame-lame akan ok jugak.
Comments
Post a Comment
Sila share pendapat anda..thanks!