Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

Homestay Villa Menarik Port Dickson : Villa 969


Villa 969
No. 11, Jalan PDV 3,
PD Village Country Resort,
Port Dickson


Villa 969ni simpangnya betul2 dekat dengan dataran teluk kemang Port Dickson.
Nice place for holiday with your family here..
Memang fun sangat untuk dapatkan privacy dengan family masing2..

All the facilities di Villa 969 ni  memang lengkap and serba serbi ada.
Rumah banglo ni memang besar, ada 5 bilik yang beraircond and selesa sangat.
4 bilik with queen bed and 1 bilik single bed.. 2 bilik di tingkat atas.
Ada tilam spare single bed, permainan sports lengkap seperti pingpong, football, bola tampar, karem board, dam board and banyak lagi.

Di dapur pula lengkap dengan set pinggan mangkuk yang banyak, sudu garpu, cawan, periuk nasi, dapur masak, peti ais, water filter and oven.

Semua facilities memang lengkap dari sudut dalam rumah sehingga outdoor.

Boleh tengok gambar ok..



Kawasan depan villa 969


Bahagian belakang villa 969 ni tempat BBQ..Agak luas juga and boleh pasang table and susun kerusi (peralatan semua lengkap)..



Bilik kedua tingkat atas.. Sempit sedikit yang ni sebab tak ada ruang untuk bentang tilam dekat bawah..



Bahagian dapur ada dua parts..part belakang open kitchen.. ruang untuk masak memotong dan peti sejuk..


 Ruang untuk makan sempit sikit. Tapi boleh bersila makan bawah ramai2..




 Ruang atas pool luas sedikit..
Boleh photoshoot dekat atas ni..
Boleh main2..
Sebab ada kerusi meja disediakan atas ni..

 Sambil layan my afia sambal tu tengok diorang dekat pool. Ok la kan..

 Ada padang yang luas boleh buat sukaneka, bola sepak.. and ada net untuk main badminton (raket disediakan), bola tampar (bolapon disediakan).


 Rang tamu dengan kerusi eather yang selesa, tv and siap wifi sekali.
All ada aircond..

 Bilik master bedroom ni teramat luas. Siap boleh tambah katil satu lagi.. Boleh bentang tilam or toto besar dekat ruang depan katil and tepi katil.. Semua lengkap untuk set cadar dan bantal..Almari yang besar pon ada. Cuma hanger tak cukup. Ada sikit je.

 Ruang parking yang luas memanjang. So boleh muat dalam 6 ke 7 kereta dalam gate..

 Swimming pool yang besar dan sangat best sebab ada gelongsor.
Seriously best.
Kawasan cetek sebelah kiri gambar dan kawasan dalam sebelah kanan.

 Siap ada kerusi rehat lagi untuk berjemur..
Ada tempat mandi tepi pool dan tempat sidai tuala..



Ni bahagian tangga ruang atas..



Tolet bahagian atas..

Ni bahagian depan pintu utama..
Haa boleh photoshoot dengan family here..


Sorry. Tak sempat nak ambil gambar bilik bahagian bawah..


Suka bergambar dekat pool dia.Menarik kan the view..

#ootd bahagian atas pool..

Ok uolls bolehlah contact owner Villa 696 nih untuk buat Family Day..
Syam bagi 5 starts out of 5..

Range dalam almost 1k semalaman..
Anything boleh roger owner dia..

Puan Norlin
+60133999340 / +60136849340


Ok bye! Nak balik daa..
Sharing is caring..

Mohon sebar2 kan dekat family.
Tempat percutian menarik di Port Dickson..
Nak Tanya pengalaman boleh direct contact syam ok..

Nur syamsina
013.647.2677

with love,
syam


Comments

  1. Salam Sejahtera, Saya Diyana.

    Terima Kasih Atas Review Yang Hebat, Rasa Macam Nak Cuba Pegi Nanti.

    ===================================================================================

    Kepakaran Kami Adalah Membantu Memudahkan Ibu Ayah Bercuti Dengan Tenang Fikiran Tanpa Memikirkan Masalah Kain Yang Menimbun Selepas/Semasa Bercuti.

    Dobi Kami Menyediakan Perkhidmatan Dobi Premium Termasuk Menggosok Pakaian, Cucian Biasa Mahupun Dry Clean. Cucian Biasa Hanya Serendah RM3/kg (Siap Cuci, Kering Dan Lipat) Dan Perkhidmatan Iron Serendah RM1.50/pc. Pastikan Anda Hantar Sehari Sebelum Untuk Menikmati Harga Murah Ini.

    Balik Bercuti Tanpa Memikirkan Kain Yang Menimbun. PASTI BEST Kan? :)

    Kunjungi Kami Di Alamat Berikut:

    AquaNano
    No.3-G, Jalan Coral 1, Medan Coral Walk,
    Batu 9 Telok Kemang,
    71050 Port Dickson,
    Negeri Sembilan
    H/P: +60139747810 (WhatsApp/Call)

    atau

    Google Maps : Dobi Aquanano Port Dickson
    Waze : Dobi AquaNano PD
    (Sederet Rumah Terbalik)

    BUKA : 8:00 PAGI - 8:00 MALAM SETIAP HARI

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila share pendapat anda..thanks!