Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

6 Cara Beri Bayi Minum Susu dengan Cara Betul

Assalamualaikum..

Banyak lak status ibu2 dekat facebook cerita anak2 depa sokmo tersedak susu.. even ada yang breastfeed pon..



Situasi bayi tersedak susu sangat menakutkan dan merisaukan para mommy daddy dan penjaga bayi sendiri. Berita tentang kematian bayi akibat tersedak susu kerap kita baca. Ini membimbangkan n menjadi dilema bagi mommy daddy..

Mengapa ramai bayi yang mengalami masalah tersedak susu?

Proses penyusuan melibatkan aktiviti menghisap, mengumpul, mengunyah, dan menelan susu. Tersedak susu iaitu satu keadaan di mana susu termasuk ke dalam saluran pernafasan dan seterusnya ke dalam paru2 menyebabkan masalah pernafasan dan boleh mengakibatkan bayi berhenti bernafas!

Menurut Dr Rozila Ibrahim, Pakar kanak-kanak DEMC Medical Centre, bila bayi menyusu kadang-kadang susu keluar terlalu laju. Keadaan ini membuatkan bayi terkejut.

Apabila terkejut, ia menyebabkan saluran pernafasan terbuka, dan susu akan masuk sedikit ke dalam trakea lalu bayi akan terbatuk dan terus tersedak.

Bagaimana bayi yang minum susu botol bole tersedak?

Puting botol terlalu besar menyebabkan susu keluar terlalu cepat. Bila terlalu cepat bayi tak boleh kawal proses pernafasan dan cara dia hendak menelan susu.

So, syam nak share beberapa cara beri bayi minum susu dengan cara yang betul menggunakan botol susu supaya tak tersedak susu..

1. Kepala bayi di angkat lebih kurang 45 darjah untuk mengelakkan termuntah dalam tidur.

2. Bahagian depan botol susu mesti dipenuhi dengan susu kerana kalau beri dalam kedudukan botol susu condong, bayi akan menghisap sebahagian udara dan sebahagian susu. Apabila udara masuk, bayi akan cepat muntah. Kalau dia muntah dalam tidur, maka akan menyebabkan bayi tersedak susu.

3. Bayi tidak boleh diberikan susu dalam keadaan terlentang kerana akan menyebabkan pengeluaran susu dari botol terlalu cepat.

4. Bayi sentiasa diawasi semasa minum susu. Situasi ini kerap berlaku iaitu mommy daddy atau pengasuh suka meninggalkan bayi semasa menyusu. Botol diselitkan dengan kain dan dibiarkan di mulut bayi. Ini sangat bahaya! Bila bayi tertidur dengan botol susu di dalam mulut, susu akan sentiasa keluar walaupun bayi tidak hisap lagi.

 Apabila bayi hendak bernafas, susu yang terkumpul akan terus masuk ke paru-paru. Ini yang menyebabkan kematian dan bila ditemui bayi sudah berwarna biru kerana tidak boleh bernafas.

5. Jika susu ibu terlalu laju, perahkan or pumpkan sedikit susu terlebih dahulu sebelum mula menyusukan bayi dengan susu ibu.

6. Menyusu di sebelah breast saja dalam satu sesi penyusuan. Jika bayi boleh menyusu 15 hingga 20 minit dan dalam kurang sejam tetapi ingin menyusu pkan semula di bahagian breast yang sama.

Selepas bayi menyusu sama ada gunakan botol or breastfeed lakukan perkara berikut :-

😎 Sendawakan bayi dengan kedudukan bayi didudukkan dan usap belakangnya ataupun dukung bayi dengan kepalanya di bahu kita dan usap belakang badan bayi untuk memastikan angin keluar.

😎 Baringkan bayi dengan kepala sedikit terangkat (45 darjah) untuk mengelakkan bayi muntah dalam tidur.

Kedudukan tidur yang paling bagus adalah mengiring . Jika bayi muntah susu, ia boleh terus keluar dan tidak terkumpul di dalam mulut dan boleh membuatkan bayi tersedak di dalam tidur.

Tanda-tanda bayi tersedak susu ialah...

● Menjadi biru
● Tercungap-cungap
● Pernafasan laju dan berhenti nafas

Jadi, syam nasihatka  supaya jangan ambil mudsh dan anggap hal ini hal remeh temeh. Benda ini penting untuk menjamin keselamatan bayi uolls.

Jadilah parents yang bijak!
Ilmu parenting amat penting dan jangan ambil mudsh.. ☺😊

Sharing is caring! 😍

Untuk plan medical card anak2 anda, boleh dapatkan dengan syam ok AIA Public Takaful..
Stand alone ada, ada sekali plan savings education pon ada..

Nur syamsina
013.647.2677

With love,
Syam

Comments