Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

Cara Prep Muka dengan Betul : Rutin Skincare yang Betul

 

Assalamualaikum hai semua. I'm back! This time syam nak share about rutin skincare yang betul. Sekarang ramai yang suka main make up2. Kalau keluar rumah masing2 da pandai make up berhias kan. Tapi, ramai yang tak tahu step paling penting sebelum make up, iaitu PREP MUKA atau SKIN ROUTINE.

Tak ramai yang ambil inisiatif untuk penjagaan kulit atau skincare yang proper kerana skincare routine ni kebanyakan memerlukan masa untuk nampak perubahan. But trust me, dengan prep muka yang betul sebelum make up, kita pasti akan dapat kulit yang sihat, tanpa ada masalah seperti breakout, jeragat atau kulit kusam.

This time, syam nak share penggunaan skincare harian atau prep muka hanya menggunakan barang2 dari MARY KAY. Semua tahu barang2 MARY KAY berkualiti, tahan lama dan yang best ada MONEY GUARANTEE. Sebelum guna pastikan buat skin analysis dulu ye untuk tahu jenis kulit masing2 dan kepekatan  moisture kulit muka sendiri. Ini untuk elakkan masalah dalam pemilihan jenis skincare dalam MARY KAY. Sebab semua produk MARY KAY sesuai untuk semua kulit sensitive cuma kena tahu and pandai pilih dan apply. U need beauty consultant untuk consult u dapatkan skin yang sihat, awetmuda, licin, cantik, glow macam orang lain okeh.

BASIC STEP PREP MUKA / RUTIN SKINCARE YANG BETUL

For Combination to Oily Skin Type


STEP 1 : CLEANSING



Oil Free Eye Make Up Remover

❤ Membersihkan kawasan mata & bibir

❤ Silikon untuk menegangkan kulit

❤ Sangat senang removs makeup termasuk la yang waterproof

❤ Melembutkan kulit trmasuk kulit sensitive atau part kulit yang sensitive dan sentiasa moisturized



Botanical/Timewise Cleanser

❤ Membersihkan kawasan muka selain mata & bibir

❤ Membersih debu / habuk / solekan

❤ Membuang sel mati, menyegarkan kulit



Pastikan removes makeup terlebih dahulu. Gunakan Oil Free Make Up Remover yang sangat best and efektif lagi2 kawasan mata yang sangat sensitive and ada urat2 saraf otak. Remove make up dekat muka menggunakan Micellar Water yang terbaru. Sangat efektif dan soft untuk bersihkan kulit dengan lebih mendalam tanpa rosakkan tekstur kulit lagi2 kulit yang sensitive dan bermasalah. Kira macam double cleansing la ni.

Then, barulah cuci menggunakan cleanser yang bersesuaian kulit muka. Ni syam share skincare untuk kulit kombinasi berminyak ye. Sesuai guna Botanical Effect. Bole juga guna TIMEWISE 3D (Defends, Delay, Delivers) untuk beginners. Untuk dry skin, cari cleanser yang creamy, milky (tak boleh pakai gel type ok).

TIMEWISE 3D ni best sangat untuk anti-aging, kulit anjal, baru baik dari skin breakout, anti jeragat sebab ada Vitamin B3 iaitu Niacinamide. Kepekatan cleanser kena betul ikut skin type ye. (dapatkan consult dari beauty consultant Mary Kay KLIK HERE )

Cara untuk cuci muka, basahkan muka dengan air. dan lap dengan facial cloth cotton tissue. Then gunakan 3 beauty fingers (3 jari hujung kedua belah tangan) Sapu cleanser dari dagu urut cuci ke atas dan menghala ke luar. Nak deep cleansing lagi elok gunakan SKINVIGORATE SONIC. 4 kali lebih bersih iaitu 80% bersih dari cuci tangan. Gunakan ikut mode ikut keadaan kulit masing2. Ada 3 modes, yang kulit sensitive tu gunakan yang low. Biasa, kita gunakan moderate je. Buat 15s untuk each part dekat muka. Then, bilas simbah2. Lap guna facial cloth cotton tissue tadi (boleh recycle guna seminggu sehelai gitu). Atau boleh dap2 dengan tuala bersih. 


STEP 2 : EXFOLIATING



Botanical Mask

❤ Mengaktifkan kolagen dalam dermis

❤ Membuang kotoran tersumbat dalam liang roma

❤ Membuang sel kulit mati dari lapisan epidermis

Satin Lip Mask

❤ Menanggalkan kulit kering/mati

❤ Kurangkan bibir kusam

❤ Mengembalikan warna kemerahan bibir

Exfoliating ni seeloknya jarakkan masa after guna SKINVIGORATE SONIC tau! And exfoliating ni atau berscrub and bermask seeloknya guna 2 atau 3 kali seminggu saja dan buat la time before tidur. Don't over exfoliate yah! Kalau ada pori yang besar boleh gunakan microdermabrasion system ( MICRODERMABRASION PORE MINIMIZER NOUSRISHING ) untuk kecilkan pori. Jangan kerap gunakan ais sebab akan iritate kan kulit muka. Da pakai mask tu, biarkan 10 minit, then sapu sikit air bagi lembutkan mask then baru lap hala ke atas guna facial cotton tissue yang da dibasahkan. Settle!

Biasa kulit akan regenerate new cell dalam masa 28 hari. So kulit mati tu tak boleh auto buang sebab tu kena guna exfoliator untuk buang sel kulit mati tu. Kalau tak dibuang guna exfoliator, akan terkumpul kulit mati tu atas permukaan kulit dan menyebabkan susah nak menyerap sebarang skincare ke dalam kulit. Rugi je kan. So step ni penting! Exfoliating penting untuk kulit, bibir, siku dan kaki untuk seluruh kulit cantik.


STEP 3 : FRESHEN



❤ Bertindak menyingkirkan kotoran yang berlebihan

❤ Pori yang terbuka semasa cucian muka dan menyeimbangkan pH

Letakkan 2 atau 3 titisan di atas kapas muka dan sapu lembut ke permukaan kulit. Biarkan ia mengering sebelum gunakan pelembap. SOFTENER TIMEWISE MARY KAY ni tersangat lembut. Macam Toner tapi bukan toner sebab tiada alcohol. Tu di panggil softener and memang melembutkan menyegarkan kulit wajah dan tekstur kulit cantik elok je nanti ok. Effect flawless tau sebab ada Hyaluronic Acid yang bagus untuk kulit. 


Untuk kulit yang bermasalah seperti jeragat, jerawat, sensitive, kulit kusam dan breakout. Ada addttional step iaitu SUPPLEMENT (SERUM). Banyak guna serum setiap hari boleh menganjalkan, menggebuskan dan merepair kulit yang bermasalah dengan cepat! Before ni syam ada masalah kulit muka yang teruk breakout akibat salah guna produk. So, bila guna Serum dengan kerap, memang cepat dan efektif je. Buat pula ikut step skincare rutin yang betul ni and guna produk MARYKAY. Sangat best! Dan lega!



Syam menggunakan SERUM LUMIVIE (Brightening set). Sambil repair nak effect kulit cerah glowing sekali. Sebab tu pilih serum dari LUMIVIE. ADVANCED SERUM LUMIVIE sangat bagus ye lagi2 untuk repair kulit dan cerahkan kulit. U guys kena feel sendiri. Memang kulit makin hari makin cantik. Tak payah tergoda dengan produk lain yang kesan cepat tapi tak pasti chemical yang ada dalamnya. 

Serum ni penting untuk aktifkan sel kulit yang tidur di lapisan dermis (bawah epidermis). Sebab tu beza kulit cantik ialah penggunaan serum atau tidak. Gitu! Pilihlah serum terbaik ok!

Yang pasti step serum ni lepas cleanser and sebelum moisturizer. Pastikan guna bahan yang cair dulu then baru yang berat and advance untuk muka.

STEP 4 : MOISTURIZING

Botanical Effects, TIMEWISE 3D, Timewise Repair, Lumivie, ClearProof

❤ Melembapkan melembutkan kulit

❤ Keep hydrating and kulit sentiasa moist



Kulit yang lembap melambatkan penuaan (kurangkan visible lines, kedutan). Kulit yang lembap mengelakkan pertumbuhan acne atau jerawat - simbangkan penghasilan sebum oleh kelenjar minyak. Jadi, siapa yang kulit berjerawat gunalah moisturizer the best dari MARY KAY> Macam syam, syam gunakan OIL FREE HYDRATING GEL. Pergh! Serious tersangat best! Da la sejuk lepas tu berkesan lak tu lagi2 kulit berminyak. Syam memang selalu sangat jerawat naik tapi lepas guna OFHG ni, susah jerawat nak naik tau. Alhamdulillah syukur lega sangat. Finally ada produk yang selamat nak halang jerawat naik. Pastika buat prep muka ikut step skincare rutin yang betul ni okeh!

Boleh juga guna INTENSE MOISTURIZING CREAM ni. The best product juga nih! Sangat sesuai untuk sensitive skin. So, tak perlu risau and ragu2 nak try produk2 dari MARY KAY ni ok.


Pilih pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit. Untuk kulit berminyak boleh gunakan gel-type atau oil-free moisturizer untuk elakkan kulit dari too greasy. Jangan apply pelembap if kulit kering okeh!


STEP 5 : PROTECTION


Sun Protector / Foundation Primer

❤ Mengandungi SPF15 & SPF 35

❤ Melindungi bahaya sinaran UVA & UVB



Timewise 3D Foundation

❤ Melindungi kulit dari debu & habuk dari melekat di lapisan epidermis

❤ Membuat kulit anjal, tegang dan menutup pori

Matte (berminyak/kombinasi) - kawal kilatan

Luminous (normal/kering) - berseri/glowing


Untuk kulit sensitive dengan SPF digalakkan guna HONEY GLOW FINISHER. Bukan setakat lindungi dari sinar matahari, bahkan boleh bagi effect glowing natural je tau! Macam pakai highlighter je. Best tau! Ni ramai MUA suka ni!


Sekarang musim Panas Terik dekat Malaysia, digalakkan guna SunCare yang SPF tinggi macam SPF 50 SUNCARE MILK (untuk combination to oily skin) atau SPF 50 SUNFLUID (untuk kulit normal kering). Nanti kalau dalam 3-4 jam tu and masih di luar rumah, bole reapply sunscreen ok.

Gunakan pelindung matahari seminima SPF 30 (Sun Protection Factor) Pastikan guna pelindung 30 minit sebelum keluar rumah untuk perlindungan dan penyerapan yang lebih berkesan.@ fingers rules untuk kuantiti yang cukup. WAJIB PAKAI SUNSCREEN EVEN STAY AT HOME OK!


Then, barulah uguys boleh buat step make up macam biasa. Pasti, make up lebih tahan lama dari biasa. 

PENTING ye PREP MUKA sebelum MAKE UP. Untuk elak muka berjerawat lepas pakai make up lama2 lagi2 cuaca panas ni, and untuk elakkan muka breakout. Mencegah itu lebih baik dari mengubati! Kos nak rawat kulit lagi mahal. So, tak salah melabur duit sikit untuk dapatkan kulit yang sihat, selamat, cantik dan glow semulajadi and awetmuda! Yang best SKINCARE MARY KAY semua TAHAN LAMA dan ada MONEY GUARANTEE (means boleh tukar produk lain if uguys tak puas hati atau rasa tak feel dengan uguys- tukar dalam masa 90hari) WOW!

Cantik tak iolls sekarang! Iolls pon da pandai make up. Semua guna skincare and makeup dari MARY KAY.

TRANSFORMATION GUNA SKINCARE MARY KAY 

Semua pulih dari kulit breakout, masalah jeragat, jerawat teruk dan kulit kusam.




Dapatkan set PULIH BREAKOUT atau SET SKIN GLOW uolls sekarang! MARYKAY MELAKA

Jangan lupa share2 ye uguys. Jika ada masalah berkaitan and nak syam share cara pulih breakout tu, syam boleh bantu guide. Boleh je roger tepi. Thanks. 







Comments