Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

TEMPAT MAKAN MENARIK ALA HIPSTER UNTUK SAMBUT BIRTHDAY DI MELAKA


Assalamualaikum.. 

Haii Syam here! Lately busy mengarang post job BLOG MERMATTE and uruskan client di WEB DESIGN..

Now baru ada masa nak update sini. Ada yang masih baca lagi tak blog post syam hehe 

Kalini syam nak share tempat makan menarik untuk sambut birthday. Restoran ni berkonsepkan ala2 hipster tau dekat bandar Melaka.


FLOYDS KITCHEN



FLOYDS KITCHEN ni terletak deret kedai seberang AEON BANDAR MELAKA. Brhampiran dengan SENHENG MELAKA.
Tempat parking yang banyak, ruang yang selesa dan luas sesuai sangat untuk lepak makan dekat sini bersama tercinta atau family. 


Ruang legar berkonsepkan ala2 hipster, dinding serba hitam dan nampak moden kontemporari kat situ. Jarak antara meja2 lain dan setiap ruang ada pelbagai hias dan konsep. Memang sesuai untuk ambil gambar dan selesa untuk makan bersama yang tersayang. 


Ruang santai yang selesa dan luas untuk lepak sambil menikmati makanan masing2.

Ruang untuk sambut birthday pon ada. Boleh deko sendiri or boleh upah pihak restoran sendiri untuk booking tempat sambut birthday. Bestkan. Restoran ni buka dari 5 petang sehingga 12 malam. 


Ruang legar yang muat dalam 10-20 orang untuk berparty or buat small event or small gathering.


Ruang yang boleh dihias untuk celebrate birthday 



Makanan western yang menarik dan portion yang banyak


Harga makanan western di sini affordable dan makanannya kebanyakan almost semua sedap2 di masak oleh chef yang hebat. Puas hati makan dekat sini. Ada juga set combo untuk makan seisi keluarga.

If datang melaka dan tercari2 tempat makan western sedap di bandar melaka selain LEEZO CAFE, boleh try di FLOYDS KITCHEN ok.

Ok sekian saja review tak berbayar dari si kuat makan western ni hahahaha
Esok boleh jogging laaa..

Jangan lupa share or komen tempat makan menarik di tempat anda pula ye..

Contact syam if nak syam review tempat makan korang ok..

Thanks



Comments