Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

Khasiat Durian

Siapa suka durian?.......... Kita geng!!!



Kebanyakannya syam yakin ramai yang suka makan durian. Lagi2 hati kuning keemasan or we called 'kucing tidur' tu. Fuhhh! Confirm isi ya lagi creamy, lagi banyak and lagi tertawan!

Syam tulis ni pon da terliurk. Rasa nak pi cari terus durian.
Maaf la ibu2 ngandung semua yang kempunan ngidam.
Entry kali ni bukan nak buat hangpa semua terliurk. Tapi, nak share khasiat durian. Syam yakin ramai yang masih tak tahu lagi khasiat durian selain bau yang strong enak dan rasa yang sedap berlemak tu.

Pasti foreigners semua tertanya-tanya khasiat durian ni. Sebab bagi they all mostly tak boleh terima this local fruit with strong smell (most of them tak boleh terima) tapi punya rasa yang enak. Mesti they all pelik kenapa weolls malaysian dok berebut nak makan durian kan..

Khasiat Durian

1. Membantu proses pencernaan.



Durian ada serat yang tinggi yang berfungsi dalam melancarkan sistem pencernaan dalam badan.

Selain mudahkan waste digest foods motion, serat juga mampu merangsang pengecutan serta pengenduran muscle pada salur makanan yang akan memudahkan lagi keseluruhan proses digestion.

Problems seperti kembung perut, pedih ulu hati, sembelit dan sebagainya inshaallah dapat di atasi. Kaya dengan ka dungan serat tinggi, pengambilan durian mampu mengurangkan ju lah kolesterol LDL di dalam badan sebelum ianya membentuk plak yang akan menjejaskan sistem kardiovaskular.

Duriaan good for digestion and sesuai for those yang sembelit!

2. Mengurangkan tekanan darah.


Durian juga kaya dengan sumber potassium dan mampu merendahkan tekanan darah dalam badan.
Dengan ada nya potassium, saluran darah akan menjadi leboh lancar sekali gus mengurangkan tekanan pada sistem kardiovaskular.

Di samping itu, durian juga boleh menghalang keadaan-keadaan seperti artherosclerosis, serangan jantung dan juga lumpuh.
Malah, pengambilan potassium juga akan meningkatkan keupayaan kognitif dan ingatan dan mengurangkan risiko Alzheimer dan penyakit mental lain.

So, durian can prevent blood clotting..

3. Anti-penuaan.


Sesuai dengan gelaran Raja Buah, durian mempunyai kebaikan anti-oksida yang mengurangkan jumlah radikal bebas di dalam badan yang terhasil daripada proses metabolisme tubuh badan
Dan juga faktor luaran seperti asap rokok, cahaya ultra ungu, zat kimia dalam makanan, dan bahan pencemar lain.

Oleh demikian, dengan makan durian akan menjana keupayaan tubuh badan untuk menyingkirkan radikal bebas tersebut selain melambatkan simptom-simptom penuaan seperti kedutan, jeragat, keguguran rambut, kanser dan sebagainya.

Nak nampak awet muda gitu, makanlah durian selalu ye. Hehe..

4. Mengatasi masalah insomnia.


Durian mengandungi tryptophan, bahan kimia organik yang membantu uolls untuk tidur dengan lena.

Pengambilan tryptophan akan bertukar serotonin yang menggalakkan perasaan tenang dan gembira kepada seseorang.

Lebihan serotonin kemudiannya akan merembeskan melatonin ke dalam aliran darah yang membuatkan badan menjadi letih.

Justeru, jika anda sering mengalami insomnia, ambil beberapa ulas durian sebelum tidur dan lihat hasilnya!

Makan durian confirm rasa tenang, gembira, senang letih dan mengantuk! Try la!

5. Meningkatkan kesuburan.


Beberapa kajian untuk menguji isi kandungan isi durian sebagai aphrodisiac telah dijalankan.

Keputusannya menunjukkan bahawa durian boleh menghasilkan stamina dan keghairahan seksual sekali gus mengatasi masalah ketidaksuburan dan meningkatkan jumlah sperma.

Anyone yang ikhtiar nak dapatkan anak, boleh la selalu makan durian. Inshaallah!

6. Mencegah kanser.


Durian kaya dengan pelbagai vitamin, nutrients dan bahan kimia organik yang berfungsi sebagai anti-oksida, durian mampu mencegah kanser.

Ketika proses metabolisme sel, akan terhasil bahan yang dikenali sebagai radikal bebas di mana ianya akan memusnahkan sel-sel DNA dan menukarkannya menjadi sel kanser.

Justeru, kandungan anti-oksida dan vitamin c, vitamin B kompleks, vitamin E dan juga phytonutrients mampu melawan pembentukan sel-sel kanser.

Syam kena makan durian selalu ni untuk elak kanser!
Durian memang kaya dengan vitamin. Tak payah perabes duit beli vitamin tambahan dekat farmasi. Boleh dapatkan fresh dengan makan durian.

7. Menjamin kekuatan tulang.


Durian merupakan sumber terbaik bagi magnesium, potassium, mangan (manganese) dan juga tembaga (copper).

Kesemuanya mainkan peranan pe ting dalam menggalakkan pertumbuhan dan mengekalkan kekuatan tulang.

Selain itu, kesemua kandungan mineral ini juga berupaya menghalang perkembangan osteoporosis iaitu penyakit berkaitan kerapuhan tulang!

Selain susu, nak tulang kuat boleh la makan durian ye!

8. Mencegah penyakit anemia.


Selain mempunyai kandungan mineral seperti yang telah dinyatakan, durian juga mengandungi jumlah asid folik yang sangat tinggi yang penting dalam penghasilan darah merah.

Apabila sel darah merah menjadi normal, maka simptom-simptom anemia seperti migrain, ketidakupayaan kognitif, kebimbangan dan sebagainya, akan hilang!

Mommy2 ibu2 ngandung yang hb low n nak tambahkan darah boleh try makan durian sikit2 k. Untuk mencegah anemia.

Namun begitu, uolls masih perlu mengawasi kadar pengambilan durian di dalam diet harian.

Hal ini kerana buah durian mengandungi tiga kali ganda kandungan lemak berbanding buah-buahan lain!

Bila ramai da tahu khasiat durian, confirm lepas ni makin ramai akan suka makan durian and mungkin kerap makan durian. Hehe.. lepas makan, jangan lupa minum air banyak2 tau. Panas dalam nanti katanya. Lagi bagus minum air menggunakan kulit durian. Inshaallah elakkan panas dalam badan..

Siapa nak belanja syam makan durian Musang King nihhh! Tak dapat hat tu dapat hat D24 pon jadi laa.. 😃😁 ekekeke...

Sharing is caring! Musim durian selalunya time nak raya. Meriah! Nanti nak usha dusun durian velah mr hubby dekat kampung la. Ok bye!

with love,
Syam

Comments