Assalamualaikum.
Harini mama afia ada tetamu.
Kawan afia si twin tu nak datang nak main dengan afia.
Yayyy!
So mama afia masak jagung manis susu yang viral kemain tu.
Saja nak try kan since my adik ipar baru balik dari cameron.
Sedozen dia bawa balik jagung manis.
Yums!
Jagung Manis Susu Viral Sedap
Bahan2
Jagung 5 tongkol (di patah dua)
Susu segar full cream dutch lady 2 cawan
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar planta
garam secukup rasa
air sedikit (syam tak letak sebab nak pekat)
ceddar cheese (syam tak letak sebab husband tak suka cheese)
Cara2
Rebus jagung dengan air dan garam selama 10 minit and then tos kan.
Panaskan susu segar, planta, susu pekat dalam periuk.
Masak sekejap dalam 5-10 minit and then masukkan jagung rebus tadi.
Masukkan garam satu sudu kecil.
Lepas tu tutup api.
Tabur garam sedikit..
Siap di hidang..
Tadaaa...
Makan panas2 memang sedap..
Selamat mencuba!
with love
syam
Comments
Post a Comment
Sila share pendapat anda..thanks!