Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

Tips merangsang anak merangkak by Mama Afia

Anak lambat merangkak? Ibu-ibu kena tahu ni!

Kemampuan baby untuk merangkak biasanya umur 6-10 bulan.
Dengan merangkak, anak uolls mempersiapkan diri untuk berjalan. Dengan merangkak juga akan kuatkan otot-otot tangan dan kaki untuk mengangkat beban tubuhnya.


Selain usia yang berbeza untuk perkembangan setiap anak, cara mereka merangkak juga ada yang berbeza-beza.

Kebanyakan baby gunakan tangan dan kaki untuk merangkak, ada juga yang merangkak dengan cara bergeser dengan perut dan ada juga merangkak dengan menggunakan pinggul dan kaki.

Tak dapat merangkak boleh disebabkan beberapa faktor. Antaranya :
  • Baby mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan.
  • Kekurangan nutrisi
  • Kurang simulasi merangkak
  • Gangguan keseimbangan
Ini beberapa tips merangsang anak untuk merangkak :


👶 Sering meniarapkan baby sejak awal merupakan rangsangan terbaik untuk si kecil.

Dengan meniarap, baby akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perut mereka. Teringat lagi waktu afia berusaha untuk start merangkak. Memori terindah!

👶Elakkan penggunaan baby walker dan biasakan diri dengan meletakkan diri mereka di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong.

Sediakan alas atau playmat yang comel, lembut dan selesa untuk merangsang baby bermain dan merangkak.


Oh afia tak pernah naik walker pon. Lagi lama merangkak lagi bagus untuk brain balancing sebenarnya tau. Rugi siapa ajar anak2 letak dalam walker..

👶 Letakkan permainan di hadapan baby.

Bermain dengan permainan tersebut agar baby akan tertarik untuk dapatkannya. 
Berikan sedikit pujian jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. 
Tepuk tangan ke contohnya. Ini untuk motivate mereka juga walaupun mereka tak faham.
 Dengan pujian akan merangsang si kecil untuk berusaha merangkak. 
Sebab tu syam dulu time afia selalu belikan mainan yang menyeronokkan (walaupun dia tak hairan pon mainan apa haha sebab nak bermain sama2 dengan si afia). Kena consider juga la kan..


👶 Merangkak bersama si kecil uolls. Anak-anak kan suka ikut apa yang ibu ayah buat.

Seronok time ni mama n papa afia selalu dok merangkak acah2 main dengan afia. Main rimau2.. ketawa terbahak2 afia time tu. 
Dia pon follow. Seronok tau! Parents tak buat ni rugi! Memori seronok camni akan berlalu pergi macam tu je. Sebab anak cepat membesar. Confirm akan rindu memory ni!

👶 Tidak terburu-buru menyuruh si kecil berjalan.

Biarkan baby uolls melalui fasa merangkak mereka dengan gembira  tanpa rasa tertekan.
Kalau bole lagi lama merangkak lagi bagus. Biar la orang nak cakap apa tak pandai berjalan lagi ka. Lambat jalan ke. Time afia dulu agak lama merangkak sebab since afia 7 bulan da pandai merangkak da. Afia start berjalan pon semuanya sendiri, kitorang dok tengok je.
 Biar dia usaha sendiri kita bantu n awasi je. Hehe..

👶Ada kalanya simulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang baby untuk merangkak. 

Oleh itu, fisioterapi dan juga senaman juga boleh lakukan namun ianya perlu dilakukan atas nasihat doktor.
Macam afia dulu, syam tengok youtube je. Basic2 je. Buat hari2 lepas mandi. 
Untuk melancarkan peredaran darah and kuatkan otot si kecil juga..

Parents kena la awasi and ambil tahu perkembangan anak masing2. Setiap anak2 punyai perkembangan yang berbeza.. Memang kena pantau dari awal untuk elak dari sebarang penyakit atau perkembangan terbantut.
Jangan sambil lewa, tak ambil tahu langsung dek busy dengan kerja sampai perkembangan anak terbantut.
Minta nasihat pakar mengenai ilmu parenting dan perkembangan anak.
Ini semua penting untuk membantu perkembangan anak seiring usianya. 


Sharing is caring..
Boleh bagi pendapat di ruangan komen ye.

Nur syamsina
013.647.2677

Semoga tips sedikit ni boleh membantu ibu-ibu yang ada anak yang tak merangkak lagi ye. Semoga memberi manfaat bersama!

with love
Syam

Comments