Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

Cara memulakan blog yang mampu menjana sekurang-kurangnya RM3800 sebulan


Salamsejahtera dan apa khabar semua?
Syam ingin kongsikan cara-cara membuat blog yang sempurna.

Di sini uolls boleh belajar step-by-step untuk cara memulakan blog sendiri.

Adanya blog, forum, majalah online atau website simple sendiri kadang-kadang menyenangkan, memudahkan dan sangat membantu untuk masa datang.

Uolls boleh baca dan share segala isi panduan dan tips yang syam kongsikan dalam blog ini.

Syam pun macam uolls beberapa tahun sebelum nih. Syam ada pelbagai idea dengan minat, impian dan keghairahan untuk mengejar impian syam. Syam bersedia untuk share belajar apa yang syam mampu.

Bagaimanapun, syam telah capai matlamat blog syam dengan menjana duit dari blog ni.
(Uolls mungkin tak dapat apa yang syam capai tapi tak susah untuk dapatkan 1/100%)



Hari ini, syan luangkan banyak masa untuk membantu orang lain supaya mereka sedar target online masing-masing. Syam sangat berpuas hati dengan tindakan syam sekarang.😊

Jangan Pandang Rendah kepada potensi blog uolls!
Blog yang uolls baca ini mendapat kunjungan 4.5juta pelawat dalam masa setahun jagung!



Memang tak pernah jangkah jumlah pengunjung yang sangat ramai waktu mula-mula buat blog personal ni..

Uolls akan terkejut betapa mudahnya untuk membuat satu blog. Tambahan lagi dengan rasa puas serta pencapaian bila anda jalan terus dengan blog.

Syam akan tunjukkan uolls apa yang ramai orang akan dapati bila mereka mula belajar untuk buat blog sendiri.

Cara membuat blog impian anda memang tak jauh dah. Sila sambung baca isi di bawah untuk belejar selanjutnya.

Topik-topik Blog


Sebahagian orang memang dah tahu nak apa yang nak ditulis dalam blog masing-masing. Tetapi, sepanjang pengalaman syam dalam dunia blogging, kebanyakannya memang tak tahu nak menulis pasal apa!

Tak kira sebab apa pun anda memilih untuk membuat atau menulis blog, apa yang boleh syam nasihatkan adalah satu benda je. Bila nak pilih topik atau tajuk tu, pilih je sesuatu yang memang uolls minat!

Blog uolls mungkin tak kan naik cepat dalam topik tersebut, tetapi pilih topik yang tak akan buat uolls bosan untuk belajar lebih mendalam lagi.

Di sini syam senaraikan topik-topik yang uolls mungkin boleh pilih:

  • Resipe-resipi
  • Politik
  • Pemanasan Global
  • Keluarga
  • Permainan video atau kanak-kanak
  • keibu bapaan
  • Pembelajaran
  • Pengalaman Melancong (Travel BLog)
  • Cara merawat penyakit atau masalah
  • Tip-tip awal untuk apa-apa sahaja
  • Pengalaman hidup
  • Review produk atau servis
  • Aktiviti-aktiviti
  • Kebajikan
  • Musik
  • Artis dan Celebriti
  • Cerita Personal (Kisah Sendiri)
  • Lawak dan lucu
  • Lagenda Silam
  • Sukan
Selain itu, uolls juga bole pilih ikut suka uolls apa-apa topik pun.

Jangan risau. Pilih topik ikut hati uolls selagi minat dengan topik tersebut.

Ini atara topik-topik yang terkenal:


Tak kira topik apa pun anda pilih, pilihan uolls akan membesar ke topik yang akan menarik minat ramai. Jangan rasa pilihan awal topik uolls akan menyekat perjalanan uolls dalam topik yang sama saja.

Cubalah dengan menggunakan topik-topik yang berbeza, lihat yang mana sesuai dengan minat dan jiwa uolls.

Pilih nama domain untuk blog anda


Pilihan nama domain adalah sesuatu yang menyeronokkan. Siap ada yang tanya rakan-rakan dan keluarga untuk pemilihan nama domain. Selebihnya memang sudah ada dalam kepala msing-masing nama domain yang ingin mereka beli.

Kerap kali nama yang terkenal atau femes dengan .com dibeli pihak lain terlebih dahulu.Tetapi jangan cepat putus asa! Ada lebih 486 jenis nama belakang domain untuk dipilih. (Nama belakang macam .com, .org, .net dan sebagainya)

Uolls akan jumpe nama yang sesuai untuk blog domain sekelip mata jer.


Sedikit Tips berguna dalam memilih nama blog


  • Patutkah uolls memilih nama sendiri atau memilih topik general? Untuk menjawak persoalan ini senang sahaja. Adakah blog itu tentang uolls? atau uolls ingin membina jenama dari diri sendiri?
  • Pilih nama yang mudah untuk ditaip. Anda mesti tidak mahu orang  tersalah taip dan pergi ke website lain kan.
  • Buatkan senang di sebut. Jangan pilih nama yang ada ejaan susah atau susah nam disebut
  • Pilih yang pendek. Senang untuk ditaip dan disebut.
  • Jangan pilih nama syarikat atau slogan yang ada trademark. Mereka akan cari dan saman tau.
  • Pilih nama yang meluas. Contoh nama masakan terlalu luas. Kecilkan bagi sesuai dengan topik yang anda pilih.
  • Pilih nama yang masuk akal. Bagi sesuai untuk semua pengguna serta Google boleh terima
  • Elakkan nombor dan tanda sengkang ( - ). Ini akan buat orang keliru.
Tak perlu banyak berfikir. Kunci untuk kejayaan adalah bertindak sekarang dan dapatkan momentum.

Uolls boleh juga search domain dibawah untuk lihat pilihan anda masih available atau tidak.


Berapakah anda perlu bayar untuk nama domain blog?

Harga domain blog biasanya boleh dapat RM45/setahun. Kebanyakan syarikat hosting akan cas untuk servis tambahan.

Syam akan kongsikan beberapa tempat bagus untuk membeli domain dan hosting di bahagian bawah.


Hosting Blog anda

Hosting adalah servis dimana blog anda boleh diakses melalui internet.


Tanpa domain dan web hosting, blog anda tak akan dijumpai oleh orang lain. Duanya saling berkait rapat! Banyak syarikat web hosting yang menawarkan pakej hosting serendah RM45 sebulan.

Syam rekemenkan hosting Bluehost. Sememangnya ia antara hosting yang terbesar dan femes.
Harga offer boleh dapat serendah $2.99/sebulan (sangat murah).



Pada permulaan, tidak perlu risau untuk membeli segala alat tambahan. Jika uolls  sudah bersedia untuk menambah tool2 lain, bluehost boleh menyediakan dengan mudah beserta harga berpatutan.




Pemilihan Platform untuk Blogging

Uolls memang tak boleh nak buat blog tanpa platform blogging. Syam gunakan Blogger untuk platform blogging kerana mudah, cepat dan free.

Ini adalah senarai platform blogging yang free uolls boleh cuba:

  1. WordPress.org (self-hosted)
  2. WordPress.com (online)
  3. Blogger
  4. Tumblr
  5. Medium
  6. Ghost
  7. Squarespace
  8. Wix
  9. Drupal
  10. Joomla
  11. Weebly
  12. Typepad
  13. Magento
Untuk membantu uolls buat pilihan blogging platform, syam akan jelaskan setiap platform lebih terperinci di bawah.

Semua yang uolls erlukan bermula di sini.

Ingat! Dalam perjalanan blogging, uolls akan sasarkan setiap post kepada MANUSIA. Jadilah menarik, Jujur dan terbuka.

Sikit demi sikit, uolls akan MAMPU buat post yang berkualiti. Follower uolls akan baca, dengar dan respon.

Sekarang mari lihat pilihan platfrom blogging secara lebih terperinci.

WordPress.org (self-hosted)


Wordpress adalah antara platform blogging yang boleh di muat turun beserta dengan website management toolset.

Ia antara platform blogging yang terkenal dan digunakan 25% oleh website serata dunia. Jika lihat website yang berjuta-juta dollar, mereka menggunakan WordPress.org.


Uolls boleh muat naik platform WordPress yang telah didownload ke hosting yang telah uolls beli. Untuk siapkannya akan mengambil masa 20 ke 60 minit. 

Uolls esti mahu website uolls kelihatan cantik dan menarik kan.
Ada berita baik kerana WordPress banyak menawarkan tema cantik serta percuma untuk uolls gunakan baik dari Wordpress atau Website lain.

Selain itu,  WordPress boleh digunakan bersama 42,000 plugin percuma disediakan oleh WordPress sendiri. 

Wordpress self-hosted(versi Wordpress.org) sesuai digunakan untuk blogger seperti:

  • Blogger yang ingin jana duit dari blog mereka
  • Blog official sesuatu organisasi
  • Hobi

Jika uolls tidak kisah tentang buat duit dari blog atau pengiklanan blog, ada lagi satu WordPress yang uolls boleh gunakan iaitu WordPress.com

Sape2 yang inginkan panduan video lengkap untuk WordPress.org klik sini

WordPress.com


Dengan WordPress.com, uolls tak perlu beli hosting kerana ia sudah siap hosting sendiri dan uolls tak perlu beli nama domain.

Uolls akan dapat nama domain dengan WordPress.com di bahagian hujung. Contohnya, namablog.wordpress.com.

Uolls tak perlu beli hosting, download dan install sendiri. Semua telah tersedia dan apa yang uolls perlu lakukan hanyalah sign up akaun di WordPress.com dan mula berblogging dalam beberapa minit sahaja.

WordPress.com menyediakan 3 pakej berlainan:

  • RM0 Sesuai untuk basic blogging
  • RM99/setahun - Untuk blogger professional
  • RM299/setahun - Khas untuk kegunaan busines

Uolls boleh gunakan pelbagai jenis tema yang disediakan WordPress.com. Ianya simple dan mudah digunakan dari WordPress.org (Self-hosed).

WordPress.com sesuai digunakan oleh:

  • Blogging sebagai hobi yang tak memerlukan kita mengeluarkan sesen pun dan boleh mula secepat mungkin.
  • Sesiapa yang ingin memulakan blog tanpa mengeluarkan duit poket
  • Blogger Profesional yang tidak kisah tentang nama domain WordPress.com di belakang.
WordPress.com menyediakan segala alat utama secara lengkap, tetapi ada juga yang kurang berbanding dengan self-hosted.

Jika uolls hanya buat blogging biasa tanpa memerlukan fungsi-fungsi tambahan, maka WordPress.com sudah memadai.

Blogger


Blogger antara platform blogging yang paling lama berada di dunia internet. Blogger adalah satu produk dari Google sendiri, jadi senang nak daftar guna akaun Google sendiri atau buat akaun Google baharu.

Blogger akaun uruskan segala proses bagi blog kita. Dalam masa beberapa minit, uolls dah boleh mula buat isi-isi untuk blog.

Oleh kerana blogger adalah platform blogging percuma, ia mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan WordPress.com. Uolls akan dapat nama subdomain seperti namawebsiteanda.blogpsot.com.

Jika uolls hendak guna nama domain sendiri seperti namawebsite.com, uolls boleh beli di tempat lain dan set kannya di setting dalam Blogger.

Blogger mencatat masa yang terpantas dalam rekod memulakan blog dari platform blogging yang lain termasuk dalam list platform yang Syam mention di atas.

Blogger sesuai untuk:

  • Blogging sebagai hobi
  • Personal Blog.
Dengan blog la, syam menjana pendapatan. Uolls kena belajar advance lagi. That is why my husband da berhenti kerja. Uolls bole dapat beratus usd dengan buat entry saja..!

Tumblr




Platform blogging Tumblr adalah jaringan sosial untuk blogger yang mengeluarkan isi kandungan yang pendek-pendek.

Kebanyakan pengguna Tumblr gunakannya untuk:

  • mikro-blog
  • Quotes femes
  • Gambar-gambar atau Gif bergerak
  • Filem pendek
Jika posting uolls mendapat sambungan hangat, secara tidak langsung Tumblr uolls akan jadi terkenal secara natural dengan promosi dan sharing dari orang ramai. Kebanyakan pengguna Tumlr terdiri dari pengguna setianya sendiri.

Lagi, macam Blogger dan WordPress.com uolls akan dapat subdomain namawebsite.tumblr.com.

Uolls juga boleh ubah cara dan rupa Tumblr blog, tetapi kebanyakan pengubahsuaian perlu dibeli.

Tumblr sesuai untuk blogger yang:

  • Micro blog (Isi pendek-pendek)
  • Blog hobi

Medium


Medium adalah platform blogging untuk pos-pos blog dan artikel.

Medium lebih menonjol untuk penulis dan blogger yang ingin kongsi pendapat serta topik dalam perlbagai tajuk.

Kelebihan menggunakan Medium adalah pengguna boleh upvote atau rekemen blog, di mana boleh membantu dalam buatkan posting blog jadi viral.

Sesiapa yang menggunakan Medium dapat menerbitkan kandungan mereka dalam profile masing-masing. Contohnya medium.com/@nama uolls. Uolls juga boleh menukar link profile kepada doman sendiri dengan pembelian asing.

Tema and warna Medium tidak boleh ditukar. Design setiap muka adalah sama. Tetapi anda ada fleksibiliti untuk mengubah tulisan dan gambar-gambar.

Medium sesuai untuk blogger:

  • penulis yang ingin membina terbitan sebagai janama sendiri. 
  • Sesuai untuk keyboard Warrior.
  • Blog sebagai Hobi
  • Blog syarikat yang asing dari website utama syarikat.

Ghost


Ghost adalah blogging platform untuk para hantu. Haha..Gurau je.
Blogging platform boleh dimuat turun dari ghost platform sama seperti WordPress.org.

Uolls perlukan hosting dan domain terlebih dahulu untuk menggunakan Ghost. Malangnya, fungsi ghost lebih kepada biasa sahaja berbanding WordPress.

Ini adalah offer yang ditawarkan Ghost:

  • Download version - Free (hosting not included)
  • Hosted version - PRO harga dari $8 ke $200 (bergantung kepada jumlah blog dan trafik)
Uolls boleh beli nama domain dari syarikat lain dan gunakan Ghost sebagai platform blogging.

Ghost sesuai untuk blogger :

  • Blogger yang mahu menggunakan platform yang canggih dari segi penyelesaian teknikal
  • Blogger yang berminat untuk bereksperimen dengan pembangunan web

Squarespace


Squarespace ada blogging platform yang mesra pengguna menawarkan servis hosting serta  pembinaan lawan web secara online.

Ramai yang beranggapan Squarespace antara All in one pembina laman web terbaik.

Untuk melanggan Squarespace, yurannya bermula dengan $8 hingga $24 sebulan, beserta dengan hosting dan domain.

Jika uolls udah ada hosting( contohnya dengan Bluehost), Squarespace benarkan uolls menggunakan servis mereka dan boleh servis yang lama pun tetap boleh simpan atau digunakan.

Squarespace sangat mudah digunakan. Interface nye sangat mesra pengguna dan alat-alat yang lengkap untuk membina website tersedia. Uolls boleh menyusun segala content dengan fungsi drag and drop.

Dengan pembawakan no. satu untuk design web, Squarespace menawarkan pelbagai reka bentuk yang unik dan menarik.

Squarespace sesuai untuk pengguna blog:


  • Pemilik bussiness yang ingin menggunakan web untuk promote dan penjualan barang
  • Pengguna yang tiada pengalaman dalam reka bentuk web.

Wix



WiX juga adalah pembina website secara online yang mesra pengguna serta menawarkan khidmat hosting.

Wix lebih kurang sama dengan squarespace dari segi fungsi yang disediakan.

Lagi sekali, sama juga dengan blogging platform yang lain uolls akan mendapat nama subdomain seperti namaweb.wix.com. Jika perlu, uolls bole membeli dan gunakan nama domain sendiri dengan Wix.

Servis Wix menawarkan produk dari $0 hingga lah ke $18 sebulan.

Wix menawarkan lebih 500 rekabentuk web untuk dipilih. Wix App market juga menawarkan banyak alat khas untuk menambah fungsi-fungsi lain dalam web uolls la.

Wix sesuai untuk pengguna:

  • Pemilik bussiness yang memerlukan website  serta blog
  • Pengguna yang tiada pengalaman dalam reka bentuk web.


Drupal



Drupal bukan jer blogging platform malahan salah satu sistem pengurusan web seperti WordPress.org.



Maaf. Syam tidak sempat update tentang Blogging Platform selainnya kerana kekangan masa.

Sila follow blog syam untuk update bila syam dah update untuk blogging platform :


  1. Joomla
  2. Weebly
  3. Typepad
  4. Magento
Terima kasih dan Jumpa Lagi!!!
Mohon share ya!

Anyone nak belajar buat blog personal?
Pm me ok!

Nur syamsina
013.647.2677

With love
Syam


Comments