Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

Makanan yang membuatkan anda cepat tua


Detik demi detik, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Setiap hari melihat cermin terlihat perubahan wajah kita dari muda ke hari tua.

Proses penuaan tidak dapat dielakkan dan mengambil masa. Tetapi saya pun tak mempercepatkan proses penuaan. Bak kata orang awek muda fuhh. Apa yang ramai tak tahu makanan dan minuman yang kita telan tiap-tiap hari boleh cepatkan proses tua.

Ada yang buatkan wajah kita nampak tua. Selainnya juga boleh mempenagruhi tubuh kita.

Jadi di sini saya senaraikan apa yang anda perlu elakkan untuk stay muda, sihat dan bertenaga!


Karbohidrat glisemik tinggi



Dengan nama saintifik padu gemilang, efek die pun boleh tahan. Makanan yang mengandungi bahan karbohidrat glisemik tinggi boleh melonjakkan kandungan gula dalam badan kita, serta menyumbang dalam melajukan proses penuaan.

Sebab utamanya adalah proses pencernaan gula atau benda-benda manis boleh mempengaruhi kolagen dan protein yang membantu mengekalkan kesihatan kulit kita.

Karbohidrat glisemik tinggi ni boleh didapati dalam makanan yang terlebih manis. Jadi senang cakap ada dalam pencuci mulut atau desserts yang manis-manis tuh. Jadi ape lagi, letak balik laa cupcake tu.

Makanan dari Drive-Thru



Surprise! Makanan segera tak baik untuk kesihatan awak semua!
Jangan nak terkejut sangat yer. Saya akan explain secara mudah kenapa Lemak Trans sangat tak bagus.

Lemak trans bukan bahan semula jadi yang terhasil dari makanan. Tetepi kebanyakan makanan segera mengandungi lemak trans kerana kebanyakan makanan segera yang disediakan dalam menu digoreng dalam minyak sayuran. Lemak trans boleh menyumbat saluran darah dan arteri, membuatkan kulit kita semakin tua.


Daging yang diProses


Sosej, Bacon, Pepperoni - dan apa sahaja yang ada perasa "daging masin" - adalah yang diproses.

Daging daging yang diproses ni  mendatangkan dua masalah kepada tubuh kita dari segi penuaan pada usia muda.

Pertama, mereka mengandungi sulfites dan bahan-bahan pengawet yang boleh mengakibatkan keradangan kulit. Second, diorang ni juga mengandungi banyak garam yang boleh menyumbang kepada kulit merah, bengkak, lebih-lebih lagi kat  muka...seram kann..


Soda Bergula

 

Jika awak perlu ambil minuman diet sepeti coke, pepsi,  fikir dua kali. Sebabnya efeknye lebih kurang sama dengan merokok.  
Bukan je dari segi rupa yang tua, kajian mengatakan pengambilan 0.5 liter secara harian boleh disamakan dengan penuaan selaju 4.6 tahun. 
Gila tak gila..huh

Jadi, sebotol soda boleh memotong 5 tahun jangka hayat...perrhh..
Memang iklan coke tak pernah tunjukkan pasal ni kann.

Masin dan Lazat


Macam trans fat, pemakanan sodium bukan jer menyebabkan kulit kita merah dan bengkak, tetapi juga mempercepatkan proses penuaan. 

Kajian memperlihatkan bahawa garam berlebihan  memendekkan hayat sel-sel, dan juga menambah peluang untuk mendapatkan penyakit jantung.

Pengurangan garam bukan sahaja boleh mengekalkan wajah muda jer, dengan jiwa sekali menjadi muda tau.. feellss


Kopi Harian


Kalau takda kafein, bukan kopi la namanya. Kafein, antara yang boleh membuatkan anda cepat tua.

Pengambilan cawan kopi yang banyak boleh jadinya diuretik. So ia menyebabkan tubuh anda mengeluarkan air dengan lebih kerap. Terjadilah dehidrasi.

Ter Dehidrasi memanglah tidak elok untuk kulit kita, menambah kedut kulit serta bintik-bintik hitam. Jadi untuk mengelakkan, minum lah air berlebihan.

Comments