Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

Gold Coast Morib International Preview Lengkap


Assalamualaikum.
Just nak share pengalaman syam pergi ke GOLDCOAST INTERNATIONAL MORIB guna pakej murah.

Tapi..
Highlight dekat sini,
percutian di Morib je pun..
uolls boleh dapat percutian yang mewah dengan harga murah!

Mai nak tunjuk more specific apa yang syam dapat dengan cost tak sampai RM150 2 hari 1 malam.
Weolls of course la pergi time hari weekdays.
Sebab tak ramai orang and weolls boleh kuasai area tu.
Especially tang theme park.
Fuh!!!

Tengok video nih! Memang bes!



Syam beli pakej paling murah dari facebook akak Fiza Firdaus.
RM108. FREE 4 tiket theme park tapi without breakfast.

GOLDCOAST INTERNATIONAL MORIB




check in : 3 petang
check out : 12 tengah hari

Time nak check in tu, ada add on kena bayar tau.
Contohnya, kalau nak tambah orang ke, atau nak bilik berhadapan dengan theme park.
Nak balkoni berhadapan dengan water theme park kena tambah RM20.
Kalau tak hadap jela balkoni depan parking car.
Kalau nak mandi theme park sampai malam dalam kol 11, kena tambah RM10 seorang.

Breakfast.

Rezeki Afia.
Weolls dapat FREE breakfast walaupun tak ambil pakej breakfast.
Pihak hotel bagi sebab nampak Afia comel peramah.
Alhamdulillah.
Sebab kitorang tak ambil pakej breakfast sebab kitorang pakat nak terjun pool pepagi buta. 
So breakfast kitorang ada bawa koko krunch.
Da orang nak bagi kan.
Memang melantak la.
Kitorang breakfast esoknya dalam pukul 730am.
Kemain awal sebab nak cepat-cepat mandi theme park.


Macam-macam ada dekat buffet breakfast.
mee goreng, mihun goreng, kuey teow goreng, nasi lemak, laksa, mee bandung, pasta, spagetti, bubur dengan ikan bilis goreng, muffin coklat, kek, kuih muih, roti telur, roti bakar, salad buahan, koko krunch, corn flakes and honey star dengan susu, coffee, teh, jus oren, air masak sejuk or suam.
Macam-macam ada..



Kitorang try semua sikit-sikit.
Memang makanan best.
Tapi, tempat buffet tu kecil je so siapa awal dia dapat la tempat duduk.
And time syam pergi ada lalat pula sesat.
Jadi rimas sikit time makan.
Maybe musim kot.

Cakap about bilik.
Yes.
Kitorang of course cari bilik hadap water theme park.
Baru FEEL kan.


Rasa FRESH gitu..

Besar kan water theme park Goldcoast Morib ni.
Syam bagi 4 star!

Dengan pakej tu dapatla 4 free water theme park.
So if uolls nak mandi lagi esok pagi.
Uolls jangan buka dia punya tag water theme park.

And, kalau nak tambah orang untuk theme park dalam RM20-30 camtu.
Nak tuala, RM10.
Nak sewa pelampung RM10 + deposit RM10.
So kupon pelampung tu jangan hilangkan , esoknya boleh amek pelampung lagi.

Bilik


Dalam bilik, of course la luas.
shower room dia siap ada jakuzzi lagi hokey.
Itu yang excited.
After mandi dari theme park weolls akan menyelam dalam jakuzzi pula.
Dengan air yang dingin tu, confirm boleh tertidur dalam tu tau.
Afia seronok dapat mandi jakuzzi.
First time katakan.

Ada peti sejuk, ada water heater, coffee, cawan, sudu cinonet untuk kacau coffee tu, ada pengering rambut juga, ada tv channel international, ada wifi (register guna nombor bilik).

Syam dapat bilik yang katil single besar tu dua.
So, memalam nak tidur kitorang cantumkan katil la..
Esoknya jangan lupa kemas balik ye.
Memang besar dan selesa.

Window tu sebenarnya boleh buka, so tempat jakuzzi boleh connected dengan katil.
Tapi, they all tak bagi open.

Aktiviti malam


Time malam, aktiviti berjalan di tepi pantai, sambil ambil angin, buang angin.
Boleh main belon besar2.
Main kejar2.
Main kereta control, main basikal, sukaneka ke, main buaian ke.
Ikut la.
Memang angin sepoi2.
Jangan tido situ suda la kan.
Mainan tu kena bayar dalam rm5-rm20 je sekepala.

Makan malam.




Makan malam, makan je dekat restoran ada tepi pantai tu.
Nyaman betui!
Ada pakej combo, ada seafood, ada ikan bakaq.
Kira affordable.
Takdela mahal.
Bajet makan malam kami satu family around RM30-RM40 jer..
Yang pasti betul2 tepi laut.
Makan dalam pondok. dengan angin sepi2.
Fuh! Mahu tetido situ lepas kenyang wehh!

Siapa nak buat BBQ tak silap syam boleh sewa set bbq pihak resort.
Tak pasti berapa.
Maybe dalam RM50 kot.
Tak tanya lak.. hehe..

Water Theme Park.

Ada 4-5 bahagian macam tu.
Ada part hat paling cetek.
Memang untuk baby.
Lepas tu sederhana cetek.
Siap ada gelongsor besar tu.
Ada part kolam khas memang dalam laa.
Budak2 kena pakai jaket pelampung sendiri ye.
Sebab pelampung bulat besar tak dibenarkan di area sini.
Tepi kolam tu ada water gun so bebudak boleh lah main situ.

Ada part hat dalam juga tapi kena jalan keliling water theme park tu.
Pakailah pelampung besar.
And part kolam yang ada gelongsor paling tinggi tu.
Tapi kebanyakan gelongsor syam naik, tak berapa licin.
Jenuh kitorang tolak sendiri.
Letih la lagi2 part paling tinggi and dalam gelung tu.
Scary betul.
apepon memang syok habis enjoy jer.
2 gelongsor besar tinggi. 1 tu gelung bertutup and 1 tu yang terbuka.

2 gelongsor yang biasa2 tu.
1 hat curam tapi pendek je gelongsor tu. 
Afia suka naik hat ni walaupun time kat bawah air meluncur masuk lubang hidung.
1 lagi gelongsor tinggi sikit kaler yellow tu memang jenuh juga la nak tolak sampai bawah.
Seluar tak licin atau air tak cukup kuat.

Ok..
Time pergi water theme park tu bawa la beg isi tuala je.
Tak payah bawa handphone sebab nanti tinggal beg atas kerusi tak perasan.
Takut hilang fon lak nanti.
Beli je kamera siap2 sekali boleh bawa dalam air.
Macam weolls buat.
hehe so takde la rasa insecure.
Everywhere bawa monopod kamera air kecik comel.
Senang.

Ini video sepanjang weolls di water theme park dan juga dry activity.


High Rope and flying fox.

Ini weolls dapat FREE sekali dalam pakej.
Tiap orang dapat naik.
So rugi siapa tak naik.
Lepas checkout pergi ke pantai.

Basah lencun berpeluh wehh.
Memang adventure and best ya amat!
Dan panas!
Sebab kitorang pergi tengah hari.
Korang tengok la video time naik high rope and flying fox tu.
Best giler.
Flying fox sampai kelaut.

Tak gayat ke?
Mahu pensan wehh gayat time nak terjun flying fox tu.
Take time juga nak terjun sebab kena lompat sendiri.

Yang high rope tu tak ada orang guide memula.
Lepas tu tiba2 ada je orang follow dekat belakang untuk tukang kacau2.
Memang gayat la dok panjat tali2 tu bergoyang2 lagi.
Nasib la berjaya tamatkan.
And siapa berjaya buat high rope and flying fox sampai habis, dapat sijil.
Yay!!!!!
Kenangan!


Syok habis!
Berbaloi sangat pakej dengan syam beli tu.
Pakej RM108. Servis caj RM10.
Pelampung RM10.
Bilik hadap water theme park RM20.
Dinner RM30.

Ok.
Sekian saja review percutian ke
GOLDCOAST INTERNATIONAL MORIB!

Next time nak try Goldcoast Melaka pula.
After raya inshaallah.

sharing is caring!

with love,
syam

Comments