Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

Resepi Pes Segera Mudah untuk Isteri yang Bekerja


Zaman sekarang ni, lebih ramai ibu2 yang berkerjaya.
Untuk sama-sama mencari nafkah mengurangkan beban suami.
Jadual setiap hari isteri2 semakin packed bila anak-anak semakin membesar.
Sehinggakan mommy2 semua tak ada masa atau tak larat untuk masak sendiri especially bila balik dari bekerja penat-penat.

So, di sini syam nak share kan beberapa resepi buat pes segera yang mudah untuk mommy-mommy memasak dalam masa yang singkat dan tanpa rasa penat atau beban.
At least, bukan makan makanan luar hari-hari yang kita sendiri tak tahu jaminan kebersihan dan nutrisi.

Resepi ini adalah dari hasil stay di dapur mak mertua, hasil bacaan resepi di google dan juga website terkenal SirapLimau..

Mommy-mommy boleh sediakan time hujung minggu. So boleh digunakan sepanjang minggu waktu bekerja.

1. RESEPI PES SAMBAL TUMIS

Bahan-bahan

💜 2 biji bawang besar
💜 2 biji bawang holland (dipotong bulat)
💜 5 ulas bawang putih 
💜 4 genggam cili kering (digunting, direbus, dibasuh dan dikisar)
💜 1-2 sudu besar asam jawa segera
💜 Garam, gula, perasa secukupnya

Cara-cara

1. Semua bawang2 kecuali bawang dipotong bulat ditumbuk atau dikisar kasar. 

2. Tumis semua sekali sampai pecah minyak dan naik bau.

3. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan bawang dipotong bulat (seimbangkan rasa).
Lepas tu, masukkan dalam freezer.

4. Bila nak masak, boleh ambil dalam 2-3 sudu (untuk makan 3-4 orang ikut kepedasan kita nak) tumiskan, dan masukkan bahan basah seperti ayam,daging, udang, ikan dan masukkan sedikit air atau kicap sebagai perasa. Masak selama 15-10 minit.
Siap!



2. RESEPI PES RENDANG

Bahan-bahan

💜 5 biji bawang besar
💜 10 biji bawang kecil
💜 6 ulas bawang putih
💜 3 inci halia
💜 2 inci lengkuas
💜 2 inci kunyit hidup
💜 6 batang serai
💜 2 genggam cili kering tak rebus tapi terus kisar)
💜 2 kotak santan
💜 daun kunyit dan daun limau purut (optional untuk bagi wangi)

Cara-cara

1. Blend dan tumis semua barang di atas sampai pecah minyak dan naik bau.

2. Masukkan santan, garam, gula, perasa, daun limau purut dan daun kunyit.

3. Da siap boleh bekukan dalam freezer.

4. Bila nak masak, ambil pes dan masukkan dalam kuali dengan air secawan. 
Masukkan ayam atau daging (direbus terlebih dahulu), masak sampai kering atau hingga empuk.


3. RESEPI PES TOMYAM MERAH

Bahan-bahan

💜 10 biji bawang merah*
💜 5 biji bawang holland*
💜 5 ulas bawang putih*
💜 segenggam cili kering* (tak rebus dan terus dikisar)
💜 10 biji cili api* (optional - ikut kepedasan mana nak)
💜 1 inci lengkuas*
💜 3 inci halia*
💜 5 batang serai*
💜 5-6 helai  daun limau purut*
💜 5 biji air limau purut (ikut masam yang mahu)
💜 sos ikan (nam pla)
💜 garam, 1 sudu kecil gula, perasa (kiub ayam knorr or adabi)

Cara-cara

1. Tumis semua bahan bertanda * di atas.

2. Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut dan sos ikan nam pla.

3. Akhir sekali, masukkan garam,gula, perasa secukupnya.

4. Da siap masuk dalam freezer.

5. Bila nak makan, didih pes bersama air dalam periuk. Masukkan ayam/daging/seafood/sayuran dan tabur daun limau purut. Siap!

Notes : Kalau nak pes betul-betul pekat, blender tomato menjadi pes ke dalam tomyam. Kalau nak buat tomyam kungfu, masukkan 3 sudu susu pekat.


4. PES TOMYAM PUTIH

Bahan-bahan

💜 10 biji bawang merah*
💜 5 biji bawang holland*
💜 5 ulas bawang putih*
💜 10 biji cili api* (optional - ikut kepedasan mana nak)
💜 1 inci lengkuas*
💜 3 inci halia*
💜 5 batang serai*
💜 5-6 helai  daun limau purut*
💜 5 biji air limau purut (ikut masam yang mahu)
💜 sos ikan (nam pla)
💜 garam, 1 sudu kecil gula, perasa (kiub ayam knorr or adabi)

Cara-cara

1. Tumis semua bahan bertanda * di atas.

2. Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut dan sos ikan nam pla.

3. Akhir sekali, masukkan garam,gula, perasa secukupnya.

4. Da siap masuk dalam freezer.

5. Bila nak makan, didih pes bersama air dalam periuk. Masukkan ayam/daging/seafood/sayuran dan tabur daun limau purut. Siap!


5. RESEPI PES ASAM PEDAS

Bahan-bahan

💜 3 biji bawang besar
💜 6 ulas bawang putih
💜 3 inci halia
💜 2 batang serai ditetak
💜 seikat daun kesum
💜 1 sudu besar halba
💜 4 genggam cili kering ( potong, rebus, basuh, kisar)
💜 Asam jawa 2-3 sudu (ikut masam)
💜 Bunga kantan 1 tangkai (optional)
💜 garam, gula, perasa secukupnya

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bahan hingga pecah minyak dan naik bau.

2. Lepas tu, masukkan bunga kantan, garam, gula dan perasa.

3. Masukkan dalam freezer and simpan.

4. Nak guna, macam biasa, ambil beberapa sudu pes ikut kepala, and then masukkan air. Lepas tu boleh masukkan ikan untuk masak ikan asam pedas. Siap!


6. RESEPI PES KARI

Bahan-bahan 

💜 10 biji bawang kecil*
💜 5 biji bawang holland*
💜 5 ulas bawang putih*
💜 5 inci halia*
💜 6 sudu besar Rempah kari daging ayam Faezah (pek kuning) atau Adabi*
💜 Rempah ratus 5 sekawan (jintan manis, hitam, ketumbar, bunga lawang dan kayu manis)
💜 1 sudu halba
💜 daun kari (optional)

Cara-cara

1. Blend semua bahan kecuali rempah ratus 5 sekawan tu.

2. Tumiskan rempah ratus 5 sekawan terlebih dahulu.

3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air sedikit dan tumis lagi 2 minit.
Akhir sekali, perasa dengan garam, gula dan perasa.

4. Siap dan masuk dalam peti.

5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali.
Masukkan air, asam jawa dan tambahkan ayam/daging/ikan segar bersama sayur pilihan.
Bole juga untuk dimakan dengan mee kari.
Bubuh ayam dipotong kecil.
Boleh tabur daun kari kalau nak. Tak payah tak apa.
Siap!


7. RESEPI PES SUP

Bahan-bahan

💜 10 biji bawang kecil
💜 5 biji bawang holland
💜 5 ulas bawang putih
💜 5 inci halia
💜 6 batang serai
💜 6 sudu besar rempah sup Adabi atau Faezah
💜 Rempah ratus 5 sekawan

Cara-cara

1. Blend semua bahan kecuali 5 rempah ratus sekawan.

2. Tumiskan rempah ratus 5 sekawan. 

3. Masukkan rempah sup yang dibancuh sedikit air dan tumis lagi 2minit.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.

3. Masukkan dalam peti ais.

5. Bila na makan, ambil pes, masukkan dalam kuali.
Masukkan air seperlunya dan tambah ayam segar atau daging dan sayur pilihan.
Boleh dimakan dengan nasi putih, bihun, mee, nasi air, soto, atau wantan.
Siap dihidang!


Ok. Selamat Mencuba!

Semoga dengan pes2 segera yang mudah ini, boleh buatkan mommy-mommy rajin masuk dapur, mudahkan untuk memasak dan jimatkan wang dari makan di luar.
Yang pasti lebih selamat, banyak, mudah, jimat dan tak membebankan!

Sharing is caring!

Untuk upgrade profit EPF dari 5.8% kepada 12% dan upgrade profit ASB dari 7% kepada 10-15%
boleh direct contact ye!

013.647.2677

thanks..;)

with love,
syam



Comments