Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

Aktiviti yang boleh buat dengan anak2 sejak Perintah Berkurung 2020


Assalamualaikum all.
Lama syam tak bersiaran. Bz dengan company website syam n husband sekarang Your Website Designer n model job suka2 tu yg tak sempat nak menulis da. So sekarang viral satu dunia pasal kes VIRUS COVID-19 n kerajaan pon da up Perintah Berkurung (Semi Lock Down) Jadi banyak laa masa ada nak buat dekat rumah. 😂😂

Nanti next entry syam share pasal Virus COVID-19 nihh. Now syam nak share aktiviti yang boleh dilakukan dengan anak2 di rumah. Almaklumlah baru masuk hari ke tujuh semua orang da macam apa je kebosanan dekat rumah.. Depa siap tanya syam lagi nak buat apa lagi kat umah selain layan tv. Bunyi memang macam da kebosanan betul da tu😂 Lagi2 yg work from home tu. Sampai naik hantu kering idea da nak buat apa dengan bebudak. Lebih2 lagi yg ada anak tak reti faham bahasa lagi (bawah 6 5 tahun😅).. Buat keje nyer kejap selebihnya jadi Mak Ko Hijau. Pak dia lak pon da buat benda merepek dekat rumah. Ada yg asyik makan je krupkrapkrupkrap buka peti ais 24 jam haiyak

Banyak sebenarnya bole buat aktiviti dgn bebudak. Selain bagi tengok youtube je memanjang banyak benda bole bagi diorang leka supaya tak kacau keje kita. Takpon ibubapa bole la join sekali layan. Time ni la spend time dengan anak2 terlebih (baru tau camne surirumah bekerja dkt rumah ye😂)..

- main congkak or permainan tradisional (tinting, batu seremban n else)
- tingkatkan motor skills anak2 (kasi gunting kertas, main lekat2, tampal2 n else)
- main nyorok2 lompat2 tali
- berkebun bercucuk tanam
- ajar anak gotong royong bersihkan rumah ajar lipat baju
- main mainan yg ada dekat rumah pastikan sediakan satu ruang atau bilik untuk diorang sepah2 kan (kalau kemas suh depa kemas sama2 or malas pon macam pak dia sapu je terus masuk dlm box abes citer😅)
- mandi kolam kalau ada kolam besar mandi sama2 ajar berenang😅
- manicure pedicure spa aroma therapy
- ajar deco2 rumah(cat dinding, pasang langsir, frame)
- belajar mengira, mewarna guna semua jenis kaler (krayon, magicolor,cat air..) n melukis menulis
- ajar iqra hafaz alquran surah2 n baca buku mengeja
- ajar main game utk motor skills (limitkan dlm setengah ke sejam je) download la apps games untuk education. Lagi senang pakai tab or ipad
- ajar berborak dlm semua jenis bahasa yg kita tau. So bole tingkatkan social skills anak2
- ajar bersenam berdancing berzumba untuk kesihatan takpon main la badminton ke, bola ke depan rumah.. sukaneka ke seronok juga🤭
- main masak2 ajar buat kuih buat kek. Pak dia setahun sekali kot nak masak tp sejak berkurung ni rajin bebenor masak. Rajin tgk youtube. Nanti abes ni mesti pandai da masak memasing kan ekekeke
- tengok movie dr Netflix sama2. Kena daftar dulu la siapa ada smart tv tu Tekan je NETFLIX

Macam2 laa bole.. Ni contoh syam buat dekat rumah.. Syam bagi hint je nanti pandai la korang buat camne. Korang lagi kreatif n terpaksa kreatif bila da bosan kat rumah kan. Yang pasti enjoy the moments spend time dengan the kiddos okeh😉 Takpon try tengok dekat Learning Idea

Jangan lupa share2 jika bermanfaat. Semoga sama2 bole buat supaya sama2 happy duk dalam rumah lelama ekeke #staysafe #stayhome

I














Comments