Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

VIRAL VIRUS COVID-19 Menyerang Seluruh Dunia

Assalamualaikum hai syam here!

Syam n family serta teman2 semua mesti tengah ikuti fasa perintah berkurung di rumah. Sahut seruan kerajaan demi membantu ringankan beban frontliner n pasti kurangkan jangkitan wabak viras viral COVID-19 yang menyerang seluruh dunia kini.



Perghhh! Penangan virus ni dahsyat. Sebab penyakit berjangkit yang boleh bawa maut nihh! Mana taknyer bermula hanya di negara China n kini tersebar di seluruh dunia! Almost seluruh dunia sekarang jalani perintah berkurung (LOCKDOWN) memandangkan virus COVID-19 yang semakin merebak cepat and peningkatan kematian di seluruh negara.



Jadi guys! Korang memang kena stay at home yah. Please bagi kerjasama. 14 hari ni berharga. Kenapa 14 hari? Sebab untuk simptom2 mereka yg positive Covid-19 nih bole dilihat within 14 hari. Bermula simptom awal dengan demam suhu 37.8. Kemudian beberapa hari pesakit mula rasa sakit tekak. Kemudian, pesakit akan rasa batuk2, sakit tekak berpanjangan dan mula sesak nafas. Jika da sampai tahap susah sesak nafas memang kena gunakan alat pernafasan or ditahan di ICU. Bayangkan di Malaysia nihh kes meningkat terlampau cepat. Semua gara2 sikap segelintir individu yg selfish, tidak bertanggungjawab, tidak jujur menipu pegawai perubatan yg merawat dan sesetengah yg masih tidak ambil kisah mengenai Virus Maut nihh!


Jika sesiapa yg ada simptom2 awal seperti demam disarankan pergi buat ujian saringan di hospital berdekatan masing2. Dan tolong jangan menipu pihak perubatan. Tolong mudahkan kerja mereka yg kini sedaya upaya untuk bantu semua orang. Dan dan please pada mereka yg pernah berkumpul di Masjid Sri Petaling yg masih belum buat ujian saringan. Diminta untuk berbuat sedemikian. Kebanyakan kes kematian sekarang di Malaysia berkaitan dengan kes kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sei Petaling pada awal bulan Mac dulu. Dengar kata lagi 3k dr 8k orang yg masih belum buat ujian saringan.

U guys bole la call talian 24 jam ye. Ada ambulans khas datang amek nanti jika anda ingin buat ujian saringan dgn simptom demam2.



Kerajaan sekarang terpaksa seru perintah berkurung (SEMI LOCKDOWN) untuk mengurangkan penyebaran VIRUS COVID-19 yg terlampau laju berjangkit. Jadi ramai2 bekerjasama stay at home okeh. Ikut arahan yg disuruh untuk sama2 juga mengurangkan beban FRONTLINER yg kini tengah kepenatan berjuang bantu  mereka yg positive COVID-19 nihh! Tolong jangan sampai kita jadi macam ITALY. Lebih banyak kematian di ITALY berbanding negara China asalnyer Covid-19 ni menyerang iaitu dgn catatan angka kematian 3k lebih. KESILAPAN BESAR orang ITALY apabila mereka keluar dari area bandar yg terkena jangkitan balik ke kampung masing2. Disebabkan itu semakin tersebar dengan cepat wabak COVID-19 di Italy sehinggakan tidak terkawal unit perubatan mereka. Sehinggakan kini mereka terpaksa memilih untuk selamatkan mereka yg berpotensi untuk pulih saja. Yg teruk terpaksa dibiarkan mati disebabkan kekurangan alat rawatan. BAHAYA dan SERAM sangat!!! So u guys! Jgn nak melepak2 sewenangnya walaupun takde simptom Covid-19 nih okeh.. PLEASE STAY AT HOME! Takut nanti kerajaan terpaksa lanjutkan tempoh berkurung ni gara2 individu selfish yg tak nak ikut perintah berkurug nih. Haishh! Jangan menyusahkan orang naa..!

Di ITALY setiap hari catat beratus angka kematian. Sehinggakan tak cukup ruang untuk mereka yg positive COVID-19. 

Jangan sampai Malaysia jadi teruk macam ITALY. Our FRONTLINERS kita mula kepenatan. Mereka tumbang habisla kita sebab takde yang akan bantu kita nanti. So guys again PLEASE STAY AT HOME..!


Here update terkini kes COVID-19 di Malaysia!

Status COVID-19 terkini di seluruh dunia, 24 Mac 2020.

Neagara Itali terus mencatatkan pertambahan kes sebanyak 63,927 kes dengan kadar kematian 11.6% iaitu 6,077 kes.

Negara Malaysia sehingga ke hari ini mempunyai 1,624 kes dengan 183 kes sembuh dan 15 kes kematian.





Bila ada kematian means kes VIRUS COVID-19 ni memang tak boleh dibawa main2. Lagi2 takde ubat dan vaksin untuk rawat jika terkena jangkitan. Apa yg boleh kita buat ialah langkah pencegahan dgn memakai mask atau glove pakai buang or always pakai hand sanitizer (>60% alkohol) atau sentiasa basuh tangan dengan sabun. Dan jangan lupa jaga jarak korang antara individu lain. Kita memang nak kurangkan kadar jangkitan virus kejam nihh!


Jika u guys ada sebarang pertanyaan mengenai COVID-19 nih, u guys boleh CALL CPRC talian 24 jam okeh. Pastikan dapat info yang betul di saluran yg betul. Boleh juga tengok page KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA untuk update latest kes COVID-19.


#STAYHOME #BESAFE #COVID19 #PRAYFORMALAYSIA #PRAYFORUS 

Comments