Total Pageviews

Recent Posts

Popular Post

Like us on Facebook

Skip to main content

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) : UPDATE TERKINI KES COVID-19 MALAYSIA

Assalamualaikum all.
Masih lagi stay at home.
Kami menurut perintah kerajaan untuk bersama memutuskan rantaian Virus COVID-19 nih.
So, uolls jangan berdegil ye!
Dengar kata ada yang masih lagi berlegar2 di taman, berjoging bagai, ada yang naik motor siap tak pakai mask, and masih ada lagi yang lepak2 dengan kenkawan.
Memang degil sangat laaa korang ni ek.
Walaupon uolls tak sakit ke sakit ke, takde contact dengan yang positive ke, tak pernah berkumpul dengan sesiapa sebelum nih.
Tapi please laa sama2 bantu putuskan rangkaian pesakit positive Covid-19 ni.
Setiap hari beratus kot kes baru positive Covid-19.
Korang memang yakin ek.
Korang nampak tak virus yang berukuran 300nanometer  nih???


Pada mereka yang rasa diri ada kontak dengan pesakit positive COVID19 atau ada terlibat dengan perhimpunan tabligh 27 FEBRUARI lalu atau pernah menghadiri kenduri kahwin bulan Mac area Bangi, Putrajaya, atau ada yang mengalami simptom2 wabak covid19 NI MOHON TAMPIL DIRI BUAT UJIAN SARINGAN BERDEKATAN DENGAN UOLLS K. JANGAN SELFISH!

Jika ada alami simptom wabak COVID19 seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas. Segera ke tempat ujian saringan di hospital berdekatan okeh. BE ALERT!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) start 18hb Mac 2020 haritu sepatotnya berakhir 30 Mac 2020 nih,. Tapi disebabkan setiap hari ada je kes baru makin meningkat dan segelintir individu yang degil keras kepala baq hang. Kerajaan terpaksa melanjutkan sehingga 14 April 2020. Haa padan la muka. Sebulan hadap dinding kat rumah. Terlampau ramai orang degil tak reti dok rumah kan.
And harap sangat2 tiada pertambahan kes baru positive Covid-19 sebelum 14 April 2020 ni. Kalau tak, kita sambut la Ramadhan dalam rumah dalam kesedihan dan kerisauan. huhu

Malas nak bebel berjela  supaya orang dok rumah. Harap2 laa yang berlegar2 tu tak kena positive Covid-19. Jangan menyesal sudah la ek. Sebab berlawan dengan benda tak nampak. Nasib laaa..
So, entry ni syam bukan nak bebel tapi nak update terkini KES KEMATIAN gara2 si COVID-19 nih!
Nampak tak? Virus ni boleh bawa maut. Setiap hari ada kes kematian bukan saja di malaysia malah di semua negara seluruh dunia. Nauzubillah!

Sejak PKP dijalankan sejak tula bermulanya kes kematian COVID-19 berlaku di Malaysia.



UPDATE KES KEMATIAN COVID-19 DI MALAYSIA SEJAK PKP (18 MAC 2020 - 26 MAC 2020)

1... KES KE-178 (HOSPITAL PERMAI JOHOR BAHRU) - Lelaki Warganegara Malaysia berumur 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling. Beliau mengalami gejala demam mulai 5 Mac 2020. Disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020.

2... KES KE-358 (HOSPITAL UMUM SARAWAK) - Lelaki Warganegara Malaysia berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Beliau mula mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas pada 7 Mac 2020. Disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020.

3... KES KE-152 (HOSPITAL TAWAU SABAH) - Lelaki Warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dngan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020.

4... KES KE-238 (HOSPITAL MELAKA) - Lelaki Warganegara Malaysia berumur 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac 2020 dengan gejala Severe Acute Respiratory Infection. Disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020.

5... KES KE-1031 (BORNEO MEDICAL CENTRE) - Wanita berusia 79 tahun  Warganegara Malaysia yang telah dimasukkan kee Borneo Medical Centre pada 16 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk selama 5 hari. Beliau disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020.

6... KES  KE-1032 (HOSPITAL UMUM SARAWAK) - Wanita Warganegara Malaysia  berusia 40 tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac 2020.  Disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020.

7... KES KE-290 (HOSPITAL KUALA LUMPUR) - Seorang lelaki Warganegara Malaysia berumur 57 tahun mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positive COVID-19 dari kluster tabligh. Disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020.

8... KES KE-781 (HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II, KOTA BHARU) - Seorang lelaki Warganegara Malaysia berumur 69 tahun daripada kluster tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020. Disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020.

9... KES KE-890 (HOSPITAL TUANKU FAUZIAH, KANGAR, PERLIS) - Lelaki Warganegara Malaysia berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Turki. Disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020.

10... KES KE-259 (HOSPITAL PULAU PINANG) - Lelaki Warganegara Malaysia berusia 74 tahun daripada kluster tabligh. Beliau telah disahkan positive COVID-19 pada 14 Mac 2020 dan diberikan bantuan alat pernafasan setelah keadaan kesihatan beliau merosot. Disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020. 

11... KES KE-1070 (HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUKHRIZ UKM) - Seorang Warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan berlatarbelakang penyakit kronik. Beliau mempunyai sejarah perjalan ke Indonesia pada bulan Februari 2020. Disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020.

12... KES KE-1114 (HOSPITAL KLUANG JOHOR) - Lelaki Warganegara Malaysia berumur 70 tahun merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Kluang. Disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

13... KES KE-1006 (HOSPITAL UMUM SARAWAK) - Lelaki warganegara Malaysia 49 tahun yang dirawat di Hospital Umum Sarawak merupakan anak kepada kes-1031. Disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

14... KES KE-595 (HOSPITAL MIRI) - Perempuan wargangara Malaysia brumur 51 tahun merupakan kontak rapat dengan kes positive COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

15... KES KE-1519 (HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH, MUAR JOHOR) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka. Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes psoitive COVID-19 dengan kes ke-703 yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Sri Petaling. Beliau juga mempunyai sejarah penyakit kronik. Beliau dirawat mulai 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020.

16... KES KE-1334 (HOSPITAL KUALA LUMPUR) - Seorang warganegara Malaysia berumur 75 tahun berlatarbelakang beberapa penyakit kronik. Beliau telah menunjukkan gejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 dan seterusnya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positive COVID-19 pada 21 Mac 2020. Disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020.

17... KES KE-1251 (HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH JOHOR) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Johor pada 25 Mac 2020.

18... KES KE-1625 (HOSPITAL SULTAN ISMAIL JOHOR) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun meninggal di Hospital Sultan Ismail Johor pada 23 mac 2020. 

19... KES KE- 1246 (HOSPITAL SULTANAH NORA ISMAIL JOHOR) - Perempuan warganegara Malaysia berumur 68 tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail Johor pada 25 Mac 2020.

20... KES KE-780 (HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA, KUALA KRAI, KELANTAN) - Warganegara Malaysia berumur 76 tahun meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, Kelantan pada 25 Mac 2020.

21... KES KE-1588 (HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR KEDAH ) - Warganegara Malaysia berumur 63 tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada 26 Mac 2020.

22... KES KE-1797 (HOSPITAL ENCHE' BESAR HAJJAH KHALSOM JOHOR) - Lelaki warganegara Malaysia berusia 48 tahun meninggal di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom Johor pada 23 Mac 2020.

23... KES KE-1840 (HOSPITAL RAJA PEREMPUAN BAINUN,IPOH, PERAK) - Lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun meninggal dunia di Hospital raja Perempuan Bainun Ipoh Perak pada 25 Mac 2020.


Ok guys.. Setakat ni, seramai 215 pesakit #COVID19 di Malaysia telah pulih dan dibenarkan keluar hospital setakat 12 tengah hari 26 Mac 2020. 
Ini termasuk 16 kes baru yang telah sembuh dan discaj
Tetapi terdapat pertambahan kes #COVID19 baru iaitu sebanyak 235 kes
60 kes adalah merupakan kluster tabligh dan selebihnya dari kluster lain. 



Jadi, JUMLAH KES AKTIF POSITIVE #COVID19 yang sedang dirawat ialah 1,793 orang. Jumlah kematian sejak PKP iaitu selama 9 hari sebanyak 23 kematian.

Guys!!! Ini bukan main2 bila ada kes kematian yang meningkat setiap hari. Kita perlu sama2 bagi kerjasama untuk #StayAtHome untuk putuskan rantaian COVID19 nihhh. Macam China sekarang takde kes prtambahan da. They all hanya merawat je pesakit kini yang psoitive je. Walaupun jumlah yang infected di negara kita tak sebanyak negara luar lain, tapi guys, kita kena bertindak sekarang mencegah dan memutuskan rantaian COVID19 ni sebelum barisan FRONTLINER kita tumbang. Mereka da kepenatan guys. Ke korang yang nak gantikan tempat mereka bantu merawat kes yang setiap hari bertambah. Banyak ok setiap hari beratus kes positive. Mena DIWAJIBKAN STAY AT HOME. Supaya rantaian ni boleh diputuskan sepanjang btempoh PKP ni guys!
19 hari je lagi guys. Please bertabah!Tak nak la PKP berlanjutan lagi. Fikirkan FRONTLINERS yang masih berjuang berjihad bertahan untuk merawat kes positive COVID19 dan putuskan rangkaian nih. Takde lagi da jangkitan ni merata.



PLEASE GUYS! TOLONG PESAN AND AMEK PERANAN PENTING KALAU NAMPAK ORANG BERLEGAR BERLEPAK SESUKA HATI TU PI TEGUR LA! JANGAN TUNGGU ABAM POLIS DAN ASKAR MAI.!

PLEASE STAY AT HOME FOR OUR FRONTLINERS !!!


Comments