Assalamualaikum..
Haiii uolls!
Sejak meniaga dessert dekat Bazar Ramadhan.
Ramai betul nak minta resepi dadih buah banjir nihh.
Viral kee dadih ni.
Alaaaa simple laa buat dadih ni.
Just tabur je banyak2 buah.
Orang kan suka..
Ok. Syam share semula resepi dadih buah banjir ni semula erk..
DADIH BUAH BANJIR
Bahan2
Untuk 25-30 cawan :
3L air kosong (syam pakai kangen water)
1 bungkus dadih
100gm or 1 cawan biasa gula pasir (syam suka kurang gula jadi syam kurangkan sikit)
1 tin susu cair (apa2 jenis janji susu sejat cair or krimer)
buah2 pilihan potong dadu (syam guna tembikai, mangga and betik)
Cara2 buat :
Didihkan 3L air bersama secawan gula.
Da betul2 mendidih air menggelegak boleh masukkan susu cair 1 tin.
Kacau2 and then masukkan sebungkus serbuk dadih.
Sambil masukkan tu kacau2 ye biar sekata.
Tutup api. Kacau2 kejap and then masukkan dalam bekas dadih (pastikan bekas bole tahan susu panas or cari yg boleh masuk microwave gitu).
Tunggu sejuk sekejap.
Masukkan dalam peti ais.
Lepas 10minit macam tu, taburkan buahan dadu atas dadih separa keras tu.
Simpan dalam peti sejuk semalaman.
Esoknyer boleh makan.
Oiiiii bulan puasa ni terliurkk lakkk kan.
Time buka nanti makan sejuk2.
Sedapnyer..
Tak payah buka selera macam2 kuih yg manis berlemak berkalori.
Cukuplah dadih ni sebekas pon da boleh jadi pembuka selera time berbuka.
Boleh juga
Comments
Post a Comment
Sila share pendapat anda..thanks!